كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Friday, December 02, 2011

$A#AB@T SuDu

بسم الله الرحمن الحيم

Hari ini ana ingin kongsikan kata2 hikmah tentang perSAHABATAN....
Sahabat SuDu tu bermaksud sahabat SUKA DUKA.
Ana ambil perkataan ini drp blog adik F2 ******...
mohon perkenan yer adikku...

"Kamu akn nmpk persahabatan
 yg berhubung dgn KEIMANAN ini 
akn melahirkan sesuatu yg luar biasa.
Kekuatan yg luar biasa,
kesenangan yg luar biasa,
ketabahan yg luar biasa,
kecekalan yg luar biasa.
Semuanya akn luar biasa 
termasuklah akhirat nanti,
luar biasa juga."

"Saat kau gelap,
akn kubukakan cahaya,
saat kau tenggelam,
aku adlh pelampungmu,
krn keimanan itu
adlh dasar hubungan kita,
maka aq x peduli apa2 
melainkan memenuhi
tanggungjawabku kpdNYA."

"Ukhuwah & kasih syg mukmin terhdp sahabatnya 
x diukur dgn kerapnya bersua,
bukan dgn hangatnya rindu,
x dgn manisnya cinta,
bukan krn slalu bersama 
tetapi
 dinilai sebyk mana nama sahabatnya 
meniti dibibirnya di saat dia 
mendoakan kebaikan utk diri sahabatnya."

"Kita semua perlu ingat
sbg mukmin,
kita ialah saudara dalam KEIMANAN.
Kekuatan org ISLAM yg utama
ialah KEIMANANNYA.
Ukhuwah kita juga 
asasnya adlh KEIMANAN kpd ALLAH.
Masing2 menjaga saudaranya ats 
hrpn hendak mencari
KEREDAAN ALLAH.
Maka atas dasar keimanan ini,
kita x boleh bersangka
buruk kpd sahabat kita."

"Tidaklah beriman seseorg di antara kamu sehingga 
dia mencintai saudaranya sbgmana
dia mencintai dirinya sendiri."

"Jika anda hendak bersahabat,
hendaklah lakukan dgn jujur
tnpa memikirkan anda akan
mendpt tmpt yg lebih baik
& dihargai serta istimewa
disamping sahabat anda."

"Tidak ada suatupun yg paling
berharga yg dimiliki oleh 
seorg insan slps
nikmat ISLAM,
selain teman yg soleh,apbla
kamu dapat kewujudan
kasih syg pdNYA,
maka peganglah ia dgn sungguh."

"Aq kasihi sahabatku dgn segenap jiwaku...
sahabat yg baik adlh seiring dgnku &
menjaga nama baikku ktka aq
hidup / slps mati...
ku hulurkan tgn kpd sahabaku
utk berkenalan krn aq
merasa sng....
smkn ramai sahabat,
smkn aq percaya diri...
aq slalu berharap mendpt sahabat sejati
yg xluntur baiknya
dlm suka & duka..
jika aq dpt,
aq ingin setia padanya."

"Selemah-lemah manusia ialah 
org yg x boleh mencari sahabat
& 
org yg lebih lemah dr itu ialah
org yg mensia-siakan 
sahabat yg dicari."

Sama2lah kita memuhasabah diri kita apakah yg telah kita lakukan terhadap sahabat kita...
Atas dasar apakah kita bina hubungan kita dgn rakan2/teman/kawan2 kita...
Adakah ats dasar suka2,utk main2 & selainnya...
Ingatlah bahawa kita mesti bina hubungan kita dgn sahabat kita ats dasar KEIMANAN KPD ALLAH....
Sama2lah kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain...
kerana memang  tiada manusia yg sempurna....
Insyaallah jika kita bina hubungan dgn sahabat kita ats dasar yg benar,
kebahagiaan akn mejadi milik kita....
SAHABAT adlh wasilah bg kita utk mendapatkan REDA ALLAH...













احبكن لله تعالئ

 اخوة الى الجنة...... انشألله

والله اعلم






Thursday, December 01, 2011

IKHLAS & RAHMATNYA

بسم الله الرحمن الريم

Keikhlasan mempunyai kebaikan serta rahmat.Mengikut Imam Bukhari &Muslim,nabi pernah menceritakan berkenaan 3 orang yg hidup pada zaman dahulu.Mereka tersesat jalan dan terpaksa berlindung di dalam sebuah gua.Malang menimpa mereka kerana gua itu kemudiannya ditutupi oleh sebiji batu besar.Ia menyebabkan mereka tidak dapat keluar drpnya.Akhirnya,mereka bersepakat utk berdoa kpd Tuhan dgn berkat amln ikhlas yg pernah mereka lakukan.

   Lelaki pertama berdoa dgn menyebut khidmat yg beliau lakukan kpd kedua ibu bapanya selama
ini.Beliau x mengizinkan anak isterinya menjamah sebarang makanan & minuman sblm ia dijamah oleh kedua ibu bapanya.Pada suatu hari,beliau pulang lewat & ibu bapanya sudah tidur.Beliau x mengizinkan anak isterinya menjamah makanan yg beliau bawa.Memandangkan kedua-duanya sudah tidur,mereka terpaksa menunggu sehingga keesokan harinya.Kemudian beliau mengakhiri doanya dgn berkata,"Ya ALLAH,jika amalku ini aq lakukan ikhlas krnMu,tolonglah kami dalam ujian ini."Tiba2 batu yg menutupi gua itu sedikit terbuka.

    Lelaki kedua berdoa kpd Tuhan dgn menyebutkan perbuatannya yg hampir berzina dgn sepupunya
yg dikasihi.Tetapi beliau akhirnya x melakukannya slps diingatkan oleh sepupunya tntg Tuhan.Perbuatannya meninggalkan kemungkaran dgn penuh ikhlas diterima Tuhan lantas Dia membuka pintu gua sedikit lagi.

    Lelaki ketiga pula berdoa dgn menyebutkan perbuatannya menyimpan gaji salah seorg pekerjanya
yg lupa mengambil gaji itu.Beliau menabur wang pekerjanya itu sehingga wang itu menjadi semakin banyak.Akhirnya,apabila pekerjanya datang menuntut gajinya,dia memberikan segala hartanya termasuklah keuntungan yg diperoleh drp pelaburan yg dilakukan.Tuhan meredai amalan ikhlas itu.Slps itu pintu gua itu pun terbuka sepenuhnya & mereka dpt keluar menyelamatkan diri.

Begitulah keberkatan yg diperoleh bg mereka yg ikhlas...TUHAN sentiasa berada di samping mereka dgn bantuan & keredaanNya..
Orang yg ikhlas terselamat drp kepura-puraan & kemunafikan...Lebih drp itu,amal & aktivitinya akan diredai ALLAH....



الله يبارك فيكم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...