كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Sunday, December 30, 2012

cita2

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah.....allahumma yassir wala tuassir.......firman ALLAH yg bermaksud 'jika kamu menolong agama ALLAH,ALLAH akn menolong kamu.'.....salah stu dpd firmanNYA didlm kalam yg penuh bermukjizat......ayt nie memberitahu kita bahawa jika kita buat gerak kerja ISLAM demi menegakkan kalimah ALLAH,DIA akn menolong kita......kadang ada manusia yg mempersoalkan 'bagaimana cara ALLAH nk tolong????....hah itu semua kerja ALLAH....kita sbg hambaNYA kena taat kpd perintahNYA.....utk buat semua ni,aspek utama kita mesti utuh lagi kuat iaitu AQIDAH..jika mantap AQIDAH.....mantaplah yg lain....satu soaln utk kita semua,'SANGGUP X KITA BERKORBAN CITA2 KITA DEMI ISLAM......tepuk dada tanya iman.....prinsip masyarakat sekarang,AKU AKU ENGKAU ENGKAU......lagsg x ambil peduli tentang org sekeliling.....bg glgn pemimpin pula ad yg sudah berpuas hati setelah memberi teguran kpd ahli sekali sahaja....ap yg mereka rasa 'masing2 sudah besar,blh fikir sendiri.....ayuh teman2 sekalian,buanglah sifat tersebut.....ambillah cakna terhadap org sekeliling kita bermula dr celik mata hingga pejam kembali sama ada buat semntara atau selama-lamanya.....cubalah utk membantu org sekeliling kita.....jika maksiat terus berleluasa......adkh kita teruskn memejamkam mata...atau hanya berkata 'apalah xguna nya budak nie....xad mak ayah ker yg didik'.....cuba kita fikir,perkara itu semua terjadi disebabkan apa??????siapa yg akn membantu glgn ni ke jalan yg benar......ayuh lah.....didiklah hati duhai sahabat2 sekalian utk kita meneruskan perjuangan......kita adalah penyambung dkwah nabi kita MUHAMMAD.....jika kita yg menjadi faktor ISLAM x tersebar,apakah yg kita ingin jawab pada ALLAH di akhirat kelak......
fikirlah apa tujuan kita hidup didunia ini??????apakah jwpn yg akn kita bagi kpd pencipta kita apbla berhadapan dgnNYA suatu hari nanti?????adkah kita masih ingin membuang masa kita dgn perkra yg lalai lagi?????melayani cerita2 yg terdpt anasir2 yg x baik????meng'post' status fb yg x memberi manfaat????menulis di blog mengikut apa yg kita ingin????ayuh renung2kan & sama2 kembali ke arah yg lebih baik......lakukan PENCERAHAN demi masa depan yg CERAH.....masa depan yg CERAH bkn bergantung kpd tempat kita belajar....tp bergantung pada niat kita menuntut ilmu....bagaimana kita salurkan ilmu itu utk ISLAM....
sekadar itu dahulu celotehku buat kali ini.....moga ALLAH membantu diri ini utk terus thabat dijalanNYA....ku panjatkan doa kpdNYA agar mempermudahkan urusanku & sahabat2ku yg lain....to miss tautan hati....all the best..




الله اعلم

Saturday, December 29, 2012

:)

بسم الله الرحمن الرحيم


YA ALLAH......bbrpa petandaMU telah kutemui 
satu per satu....satu demi satu membongkarkan kebenaran 
tentang penyakit....
jika benar,
tabahkan hati.....
lindungi diri dpd penyakit yg teruk...
kurniaknlah tubuh badan yg sihat....
hanya padaMU tempah berserah....
engkau xkn menguji 
apa yg xterdaya oleh diriku....
oleh itu....
yakinku hanya padaMU....

moga perjuangan tetap diteruskan
walau badai dtg menjenguk....
hati kupohon tetap akn thabat dijalanNYA.....
kupohon ujian itu bisa kulalui sebaiknya
dgn bantuanMU,
dorongan shbt seperjuangnku yg dirindui.....
padaMU tempat segalanya...
telah serik utk ku letakkan kepercayaan kpd mereka yg x dkenali
kecuali shbt2 yg ku cintai.....

''allahumma 'afini fi badani.....allahumma 'afini fi sam'i....allahumma 'afini fi basori...'


والله اعلم

Wednesday, December 26, 2012

Faqir disebabkan ZIKIR

بسم الله الرحمن الرحيم

SINAR HARIAN  bertarikh 7 DISEMBER 2012
menceritakan tentang kebenaran 
sebuah kitab kecil yg dinamakan
'MAJMUK SYARIF KAMIL'.

ISLAM dibina di atas manhaj ilmu yg jelas iaitu
AL-QURAN & AS-SUNNAH,justeru selain dpd kedua-dua sumber ini 
tidak boleh dijadikan hujah dalam syariat.
Umum mengetahui bahawa doa & zikir yg terbaik ialah
yg diajarkan oleh junjungan mulia NABI MUHAMMAD SAW...
Walaubagaimanapun,di dlm kitab kecil ini terdapat 
sebahagian doa,wirid & zikir yg xsahih dpd Nabi bahkan 
direka cipta sebahagiaannya oleh guru2 kesufian sehingga x dapat diketahui 
dr manakah dtgnya zikir2 tersebut...
keadaan ini akan menyebabkan jauhnya masyarakat dpd 
pengamalan sunnah & hbgnnya dgn Nabi sehingga terkadang 
membawa kesesatan & kesyirikan,
zikiir yg disangka pahala tetapi sudahnya faqir disebabnkn zikir2nya..
( copy paste from akhbar sinar harian 7 disember 2012)

utk maklumat lanjut tentang majmuk ini,sila rujuk
disana terdapat penerangan tentang kitab ini.....
isi kandungannya & sbgainya...

penulis juga memohon agar penulisan ini
dijauhkan dpd perkara yg xsepatutnya...
penulis semakin bimbang jika
kitab ini digunakan secara berleluasa dlm
kalangan masyarakat,
ia akan merosakkan aqidah penggunanya....
smsa pnulis berziarah ke kedai POPULAR
di MESRA MALL,KERTEH,
dipintu masuk kedai tersebut,
terdapat perbagai saiz kitab ini....
bimbang jika perkara ini terus berleluasa dlm kalangan masyarakat...
bagi yg mengetahui tentang kitab ini,
hebahkan2 kpd mereka yg lain
utk 'saham akhirat.'
ini juga merupakan salah satu ideologi2 yg menusuk umat 
ISLAM secara halus tnpa disedari...
pada awl penulis mengenali kitab ini,
terdetik dihati,
bagus kitab ini kerana ia kecil & mudah dibawa....
mungkin begitulah pendapat masyarakat2 di luar sana....

p/s : utk keberkatan hidup didunia & akhirat,
sblm membeli atau menjadikan sesuatu sbg bahan rujukan,
pastikan dahulu kesahihannya berlandaskan AL-QURAN & AS-SUNNAH...
moga penulisan ini mendapat redaNYA...


antara2 bentuk2 majmuk syarif...pelbagai variasi...







kebanyakan kitab2 ini tidak terdapat nama penulis..



والله اعلم

KAYAP

بسم الله الرحمن الرحيم


janji allah

hari ini inginku kongsikan tentang penyakit KAYAP....
ada sebab ingin dikongsikan bersama anda semua...
'mencegah lebih baik dpd merawat.'

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Jenis-jenis kayap.
Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Petua 1.

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukansehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.

Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8.

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Pantang larang ketika sakit ini.

Jangan makan makanan berminyak.
Buah tempatan tak boleh makan.
Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
Tak boleh kena sabun.
Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)


sabar harungi ujiannya...


p/s : kpd pembaca,gmbar penyakit ni blh klik pada cik 'goggle'...

Tuesday, December 25, 2012

MM

بسم الله الرحمن الرحيم

otw ke MM,
hati mengusik kembali kenangan yg lalu sekitar 2 tahun...
hati mengimbas segala yg berlaku....
hati mengingati perkara yg x sepatutnya diingati..
krn apbla diingati,
ia akn menyakitkan hati....
hati cuba menepis segalanya,
namun hingga tiba di hadapan pintu MM
barulah segala lamunan berakhir....

cerita berkisar sejak 2 thn yg lalu...
hati mula mengenali hati yg baru....
cuba utk memahami....
cuba utk menolong...
kerana konsep usrah ad 3,
TAARUF,TAFAHUM,TAKAFUL....
hati meneruskan perjuangan...
sepanjang mengenali hati baru,
hati sentiasa terluka...
mudah terguris...
namun
sangat mudah memaafkan hati itu
berbanding dgn hati2 lain....
hati sanggup terluka & merana kesakitan
demi hati baru....
hati sanggup mlkkn apa shja....

sekarang hati tertanya,
kenapa hati ini sakit???
sepatutnya hati x rasa sakit
kerana perlu yakin pada janji
PENCIPTA HATI.....
hati haruslah menjaga hati dgn baiknya....
kerana 
jika baik hati,maka baiklah segalanya....
jika buruk hati,buruklah segalanya.
ingatlah bahawa hati tunjang segala perbuatan....
PENCIPTA HATI akan menilai mengikut hati 
terlebih dahulu...
oleh itu,
duhai hati,,,,
kikislah perasaan yg x sepatutnya,...
redalah dgn perkara yg berlaku....
terimalah hakikat tentang ketentuanNYA...
ikhlaskan hati keranaNYA....
halalkan segalanya.....
berdoalah utk hati baru....
IN SHAA ALLAH 
hati akan bahagia di dunia & akhirat...

PUT  YOUR TRUST ON ALLAH...



Photo: sahabat... ^_^
husna,afifah,wani,adah,nad,syer10,bhah,yam,
10nani,mdah,ejosh,miza,umai,rai,djoh,drah


والله اعلم

Monday, December 24, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah,
jika dahulunya sering dibelenggu dgn masalah yg sama
dr sek rendah hinggalah sek menengah...
hampir bosan melaluinya....
namun masih jatuh dlm ujian yg sama....
xpernah berasa kuat apabila jatuh....
sering menginginkan sesuatu sedangkan
lebih banyak yg ad di sekeliling....
semasa diuji perkara yg sama,
cuba belajar perkara yg baru dpd masalah itu....
dan akhirnya menemui bahawa
'PERSAHABATAN ITU INDAH JIKA 
BERPAKSIKAN IMAN & ALLAH '.....
bertemu berpisah keranaNYA.....

semasa hari2 terakhir persekolahan,
ada suatu sesi muhasabah bersama2 shbt2...
aktiviti ini utk saling menegur bt kali terakhir di alam persekolahan...
pada buku yg dimiliki,
terdapat seorg sahabat yg menulis ayat ini,
'sy rasa seperti kita x lg kawan macam dulu.tp sy tahu kawan
kita bukan milik kita selamanya.'
apbla membacanya,
hati kecil bersuara,
' apakah selama ini mataku buta....
aku telah mensia-siakan sahabat yg dicari.'
sehingga begitu sekali hamba ALLAH ini lakukan 
terhadap org sekeliling.....
pemilik buku hanya bisa memohon ampun
& tekad pada diri agar x akan ulangi kesalahan yg sama....
najwani & husna alwayz said 
' ukhuwah bkn antara 2 org shja'....
now,i feel & knew what u want 2 tell 2 me.....
syukran 4 u all.....

masalah dulunya sdah x bermain lg di fikiran ini
kerana terdapat perkara yg lebih penting dpd itu....
utk ISLAM.....




Maksudnya ; Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


bangkitlah wahai diri....
usah difikirkan perkara yg lalu....
jdkannya sebgai pedoman hidup....

ALL IS WELL

ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE.





والله اعلم

SAKIT

بسم الله الرحمن الرحيم


Allahumma yassir wala tuassir.....

sepanjang hidup kita,
kita pasti akan diuji dgn pelbagai ujian....
lain org lain ujiannya.....
lain cara menguruskannya.....
salah satu ujianNYA ialah KESAKITAN....
apabila seseorang diuji dgn ujian SAKIT,
mereka pasti akan merasa lemah....
kurang selera makan,
ibadat dibuat mengikut kemampuan yg terdaya....
& macam2 lagi....
xlupa ,
ada juga dalam kalangan kita yg merasa diri mereka 
x berguna apabila diuji sebegini...
mereka merasakan mereka menyusahkan org sekeliling..

ayuh sahabat2 sekalian,
kita buang semua sifat2 & perasaan begitu....
kerana ALLAH telah menjanjikan sesuatu buat kita.....




Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA


2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA


3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )


4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA





Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya 

kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat

Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh 

mereka.



Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa 

hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hatinya Allah 

terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, 

bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap

 kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.





hah!!!! itu ganjarannya buat kita semua

ALLAH MAHA ADIL terhadap hamba2NYA...






Maksudnya : Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), 
sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci 
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, 
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. 
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), 
sedang kamu tidak mengetahuinya.


   
والله اعلم






Saturday, December 22, 2012

3 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم


hari ini 
mengikut kalendar Masihi genap 3 tahun
AHMAD FAHMI BIN ANUAR....
a.k.a
ABANG LONG...
 title abg long mndpt tempat  setelah mndpt adik
AHMAD FAWWAZ BIN ANUAR
pada 11 OGOS 2012..

apabila bertambah umur,
maka cuba kita renungkan & ingat kembali 
banyak mana amal yg kita lakukan....
bagaimana cara kita laksanakan perintahNYA.....
adakah kita meninggalkan laranganNYA......
tepuk dada tanya IMAN..

selamatlah buat fahmi & keluarga...



fahmi & abi

ummu fawwaz & abi fahmi
cake from kek ummi


fahmi & cu ya 

bday boy!!!!






والله اعلم

Friday, December 21, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah summa alhamdulillah wa summa alhamdulillah....
tlh lame kujanjikan pd seseorg utk meng'post' tntg 'GSP'...
asif krna lmbt utk menunaikan janjimu....

alhamdulillah....
GSP geometer's sketchpad.....
ku kenali smsa ting 4 2011....
GSP mrpkan suatu perisian bhn bantu mengajar 
utk MATEMATIK & ADD MATHS......
ku mula mengenalinya apbla ad satu pertandingan
yg ku sertai....tnpa sebarang ilmu tentangnya,
aku & 2 shbt meng'explore' perisian ini...

smsa 2011,
ku sertainya dgn membawa tjuk CIRCLES 3.
mrpakan tjuk subj MATEMATIK ting 4...
2012,
ku sertainya dgn tajuk BEARING GO!!!!
mrpkan tjuk subj MATEMATIK ting 5.....

apa yg menariknya disini,
walaupun kita xtahu tentang sesuatu ilmu itu,
kita kena usaha......
kerana menuntut ilmu fardhu ke atas setiap muslim....

satu perkara yg ana titip dpd seorg shbt,
katanya ; 
jgn jadikan sesuatu pertandingan 
sbg alasan seseorang itu jauh dpd ALLAH...
smsa ana menyertai GSP ini,
shbt ana memang betul mempraktikkan apa yg dikatanya....
spnjg proses menyiapkan perisian tersebut,
sahabat ana & ana sentiasa menjaga hbgn dgn ALLAH...

ex : solat berjemaah bersama di kediaman tmpt kami menginap
smsa GSP,
pd hari pertandingan,beliau mengajak ana utk solat sunat dhuha,
tp x berkesempatan.....
smsa majlis penyampaian hadiah,apbla tiba kami di 
HOTEL TANJUNG VISTA,sahabat ana bertanya dimanakah surau????
ana pun terfikir 'msti dia nk dhuha'.....
ana fikir,kalau dia nk dhuha xkan aku xnk dhuha...
xke rugi????
ana pun ikut dia sama utk solat dhuha....
(kdg2 sesuatu 2 kita kena buat dulu insyaallah ikhlas itu dtg)
betullah pepatah mengatakan,nk tgk sseorg itu,tgk dgn sape dia bersahabat....
jika baik sahabatnya maka baiklah dia.....

byk ilmu yg ana kutip dpd shbt......
syukran yer....

dan kita mesti ingat,
bila kita sertai sesuatu pertandingan,
kita mesti buat yg terbaik,
utk buktikan keagungan ISLAM.....
MENANG KALAH adat pertandingan....
yg penting kita bawa ketinggian ISLAM utk masyarakat....



hasil 2 thn berturut....yg ini xpenting,imej ISLAM lg penting....
utk naikkan imej ISLAM kne lah berusaha....


bintang ad 5 bucu melambangkan 5 RUKUN ISLAM....


3 piala,3 mujahidah


this is 'walid'....very positive sir.....alwayz cool...


والله اعلم






























Wednesday, December 19, 2012

AURAT

بسم الله الرحمن الرحيم




Tutup aurat adalah satu tuntutan,
Ahli keluarga wajib ditekankan,
Kalau tidak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah ALLAH.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skaf,
Mini telekung pun orang cakap,
Elok dipandang tidak perlu pun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Di tumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tidak berani mengorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal bersertalah ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun ralatlah sangat

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pula boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh ALLAH,RASUL & MALAIKAT.

Apa yang cantik bila dipandang,
Lengan pendek tetapi bertudung,
Kelihatan seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersadung.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia menjawab,fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda iman sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesion,
Kalau dilaknat tiada guna se sen.

Kalau nak ‘MAKE UP’ biarlah berpadan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba dielakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia menzahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian si lelaki,
Perbuatan ini dibenci ILLAHI.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang serata,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa ditayangkan jambul,
Kecantikan tidak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tidak jadi bisul,
Memakai tudung ISLAM nan unggul.

Selokaku ini bukanlah berniat,
Cuma ingin ingat-mengingati,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau ingin ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh,ubahlah diri,
Benda yang baik tidak perlu diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kaum lelaki,
Jangan tergelak bila wanita diperli,
Keluarga kita tidak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkan kita tanamkan IMAN,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi ALLAH,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghiburkan hati,
Yang baik bolehlah teman ikuti,
Kalau boleh,besok kita mulai..





والله اعلم





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...