كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Saturday, July 26, 2014

surau pun nak RAYER!!!

بسم الله الرحمن الرحيم



Sebelum ramadhan + 1 ramadhan..


Si dia pulang menjejakkan kaki ke rumah… suatu petang, si dia melalui surau itu dan terkejut melihat surau itu telah dipasang dengan air-cond.. lalu bermonolong si dia ‘alhamdulillah,,surau dah makin bertmbh kmdhn dan selesa utk jemaah surau…’


Malam pertama solat taraweh,,si dia solat di surau itu…  erm… tiba2 hati bermonolog.. ‘x berasa pun air cond… husnuzzon je dlu.. mgkin slow lg kot suhu yg di pasang’…



27 ramadhan…


Si dia pulang ke teratak kasih semule… bercuti sempena idulffitri…ptg jumaat,,si dia bersembang dengan kakak2nya ketika membt persiapan utk iftar..lalu kak cik nya berseloroh ;

Kak cik : Mi, jom gi solat taraweh kat surau…ad air cond dah…..

Si dia : erm… ak gi dah baru ni… x rase pun air cond.. panas je…(kak longnya dan emaknya tiba2 ketawa dari hujung dapur)..

Kak long : bila pulak mu gi surau ??

Si dia : aku gi mase balik baru ni la… tgk air cond pasang doh dkat luar…. Tp x rase ap2 pun..

Kak long : haha… mu memang lawok.. orang baru je pasang air cond khamis bru ni… ni baru hari ke 2 air cond tu berfungsi….

*semua yang ada di dapur ketawakan si dia…huhu..



pemandangan dalam surau.. bukan yg terkini..


p/s :

disini,, nak bagitahu je,, bahawa SURAU ALOR TEMBESU,DUNGUN pun nak raya juga… Alhamdulillah surau beraya dengan pemasangan air-cond untuk keselesaan jemaah surau dan pintu grail ditambah dengan pintu sliding …(tuan yang pasang pintu sliding x ambil pun duit ,,mereka sedekahkan untuk surau..alhamdulillah…moga2 tuan itu dimurahkan rezeki oleh ALLAH..)


kepada shbt2 shbiah ana,,,,boleh la kita nak buat aktiviti2 tarbiyah kita di surau tu….lama dah x berhalaqah cinta … mungkin boleh jugak utk kita beriktikaf di surau & qiamullail bersama….


wassalam....
sirru ala barakatillah..

created by : 
addhoifah1303




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...