كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Thursday, December 30, 2010

SEKOLAH KATA MARI,RUMAH KATA PERGI !!!!!!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Pada esok hari muncullah thn baru Masihi iaitu,2011..
2010 dah pergi dtg 2011..
Kepada semua yg masih belajar lagi,termasuklah ana
bersiap sedialah mental,fizikal & semuanya yer,...
Semoga kita dapat menempuhi 2011 dgn penuh keikhlasan &
berada di bawah lembayung rahmat ALLAH RABBUL ALAMIN..
Esok ana & kwn2 SMKAKA kena daftar di asrama...
Pada hari Isnin ni,ana akan memulakan sesi P & P sbg seorang pelajar T4..
Ana berharap ana & kwn2 dpt menjalani kehidupan di T4 dgn baik..
SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN2 YG PERLU KAMI LAKUKAN SBG PELAJAR SEKOLAH..& AS KHALIFAH IN THE WORLD..

Disini ana juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YG KE-15 BUAT SAHABAT ANA,
WAN NOR HUSNA BT.WAN ABDUL SHUKOR...Semoga beliau dimurahkan rezki & dipanjangkan umur....SEE U AT THE MADRASAH...

Sunday, December 26, 2010

AL-FATIHAH

Salam alaik semua...
Pada hari Sabtu iaitu kelmarin,nenek kepada sepupu ana,ATIYAH telah pun kembali ke rahmatullah
lebih kurang pukul 3.00 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu...
Sama-samalah kita sedekahkan doa & al-fatihah buat arwah....
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT & DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLEHIN...

AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Thursday, December 23, 2010

SYUKRAN YA RABBUL ALAMIN...

Semalam result PMR sudah pun diumumkan di sekolah masing2..Alhamdulillah ana & 28 org rakan yg lain telah mendapat 9A dalam PMR tahun ni...Ana bersyukur sangat kerana ALLAH mengurniakan kejayaan yg cemerlang buat ana & kwn2 yg lain...Ana memang mengharapkan kejayaan yg cemerlang...
Sebenarnya ana pun x yakin ana akan 9A tetapi itulah nikmat yg telah ALLAH kurniakan buat ana...
Ana berharap sangat keputusan ana yg cemerlang itu dapat menjadi penawar buat ibu ana yg sakit..

Ana bertolak ke sekolah pada pukul 11 pagi..Ana pergi bersama emak saudara ana cause sepupu ana pun nak ambil result dia di sekolah yg sama dengan ana..Semasa didalam kereta,ana hanya diam sahaja kerana memikirkan result ana...Hujan lebat mengiringi kami semua ke sekolah sehinggalah masuk ke DEWAN AL-HIKMAH...Mula2 ana masuk 3org kawan ana mengucapkan TAHNIAH buat ana..
Ana pun jawablah,ana x ambil lagi result.Kawan ana pun bgtau yg pengetua telah mengumunkan nama pelajar yg mendapat 9A..& nama ana terdapat dalam salah seorg yg mendapat 9A..

Selepas itu,ana pun duduk di kerusi yg telah disediakan di tempat mengambil result mengikut angka giliran peperiksaan...Dikaunter ana,Cg.Norazlina yg menguruskan bersama Cg.Khairatul Afzan...Ternyata ana mendapat 9A..Cg.Norazlina mengucapkan tahniah buat ana & berkata akhirnya usaha ana terbalas juga dengan kejayaan yg cemerlang.....

Ana berasa sungguh gembira pada saat itu ....Selepas itu,ana pun bertemu dengan kawan2 ana yg lain....
Ana mengucapkan tahniah buat yg berjaya & yg tidak berjaya jangan berputus asa.....GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA...

Apa2pun ana nak ucapkan tahniah semua kawan sekelas ana..Cg.Norazlina bagi tau kelas ana ade banyak peningkatan...
Disamping itu terselit juga beberapa keping gambar yg sempat ana ambil bersama kawan2...








Thursday, December 16, 2010

YA ALLAH HANYA PADAMULAH AKU BERSERAH...SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BBERKUASA & BIJAKSANA..

Hari ini ana menerima satu khabar yang sangat mengejutkan & juga dinantikan tapi dalam keadaan yang resah & berserah kpd YANG ESA...Seperti biasa,ayah ana akan menonton tv sebaik sahaja pulang dari surau setelah selesai menunaikan solat subuh...Ayah ana selalu tengok berita di televisyen pada waktu pagi...Pagi tadi emak ana pun turut sama mendengar berita...Emak ana pun memberitahu ana bahawa result PMR akan diumumkan pada 23 disember ni..YA ALLAH,apabila mendengar berita itu,ana berasa sungguh takut untuk menghadapi result yang akan diumumkan pada minggu depan..Hanya tinggal seminggu sahaja lagi..Ana berserah segala-galanya kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA...Ana berharap sangat keputusan ana tidak akan mengecewakan ibu bapa,keluarga,guru2 & lain2.Tetapi apapun keputusannya nanti,INSYAALLAH ana akan redha & keputusan itu seiring dengan usaha ana selama 3 tahun.

Semasa last day di sekolah,ana berjumpa Cg.Fatimah di kantin & ana pun memberitahu cg bahawa ana berasa takut apabila mendapat result nanti lalu cg pun memberitahu walaupun kita tidak mendapat keputusan yg cemerlang mungkin itu bukan rezeki kita lagi tetapi yg pentingnya akhlak & sahsiah yang baik & menjadi anak yang soleh..Cg juga berpesan tidak ada gunanya kita mendapat keputusan yg cemerlang jika kita tidak berakhlak mulia..Walaubagaimanapun ana berharap sangat akn mendapat keputusan yang cemerlang dalam pmr & juga sahsiah...

Apa yang boleh di simpulkan disini ialah kita mestilah mempunyai akhlak yang baik & juga cemerlang dalam pelajaran.Bak kata Ukhti Fatimah Azzahra,CEMERLANG AKIDAH ,CEMERLANG SAHSIAH,
CEMERLANGLAH SEGALA-GALANYA.

As a conclusion, i hope to get an excellent result in pmr and hope to be a good daughter to my parents..

Tuesday, December 14, 2010

AwAs dEnGGii?

Itulah penyakit yang sedang melanda di kampung ana sekarang..Semakin hari semakin ramai yang dimasukkan ke hospital disebabkan demam denggi.Kg ana merupakan kg yang paling ramai terkena demam denggi.Setakat hari Sabtu baru ini [11 disember],seramai 13 orang yang telah dimasukkan ke Hospital Dungun & 2 orang di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Ayah ana pun mengambil inisiatif untuk melakukan solat hajat di surau tinggalan arwah datuk ana & majlis itu telah pun dilakukan pada hari Rabu { 8 disember}.Pada hari Jumaat {10 disember}baru-baru ini,ayah ana & penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong bagi membanteras tempat pembiakan nyamuk denggi ini.Alhamdulillah gotong-royong itu telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan daripada pihak Jabatan Kesihatan Kuala Dungun.Pada hari itu,penduduk kampung ana telah memberikan kerjasama yang sangat menggalakkan.Dikesempatan itu,kakak ana berpeluang untuk untuk mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.Kakak ana berjalan dari rumah ana sehingga ke pusat berkumpulnya orang bergotong-royong iaitu di hadapan Klinik Kesihatan Kuala Dungun.



yang duduk atas bangsal tu ayah ana...dia x larat mane nak buat kerja ..
tengok2 je lah..

org kg bekerjasama membersihkan kaw yg terbiar..



kaw luar markaz yg menjadi tempat persinggahan pemuda.





sepupu ana & org kg mengangkat sampah2 yg hendak dibuang ke dlm lori mpd.

yg ini abg.ipar ana yg sulong.


anak saudara ana pun turut menyibuk dlm gotong-royong ni.
baru pandai senyum ...nak buat selalulah..


Alhamdulillah sekarang dah semakin berkurang orang yang menghadapi demam denggi..Semoga penyakit itu x akan menyerang kg ana lagi..

Sunday, December 12, 2010

~~ SURAH AL-WAQIAH,rahsia kekayaan ~~

Dalam surah Al-Waqiah ada dinyatakan bahawa terdapat 3 golongan manusia iaitu muqarrabin,golongan kanan & golongan kiri.

       Siapakah muqarrabin ? “ Mereka ialah orang yang didekatkan kepada ALLAH dan berada di dalam syurga yang penuh kenikmatan.”

       Siapakah pula golongan kanan ? Golongan kanan ialah mereka yang melakukan kebaikan semasa di dunia {orang yang bertaqwa} dan mereka telah dijanjikan oleh ALLAH dengan kebahagiaan di akhirat.

       “Mereka duduk antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya serta naungannya yang terbentang luas.Mereka menikmati air yang mencurah dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti berbuah dan mereka tidak dilarang mengambilnya.
        Mereka duduk di atas tilam-tilam yang tebal lagi lembut.Sesungguhnya kami menciptakan bidadari-bidadari dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan yang sebaya umurnya.Kami ciptakan mereka untuk holongan kanan.”

        Siapakah pula golongan kiri ? Mereka pula ialah semasa di dunia dalam keadaan mewah dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.Mereka terdiri daripada golongan yang kufur.
      
        Surah al-Waqiah dikatakan surah rezeki kerana Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita membacanya setiap malam.Banyak khasiat bagi pembaca al-quran dan didalamnya ditegaskan bahawa untuk mendatangkan rezeki,kita dianjurkan untuk membaca surah ini dengan khusyuk.Persoalannya,bagaimana mengamalkannya?

        Daripada Abi Dhibah berkata : Usamah Ibnu Affan r.a.berkata,”Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah al-waqiah tiap-tiap malam.Sesungguhnya saya dengar Rasulullah bersabda:

        “Sesiapa membaca surah al-Waqiah tidak akan menjadi miskin selama-lamanya.”


Saturday, December 04, 2010

__________^ HiJrAh ^__________

Pagi itu langit yang memayungi Bandar Mekah murung dan tidak sebiru biasanya.Jeritan  kedua-dua orang tua Yasir yang dibunuh oleh kafir Quraisy masih terngiang-ngiang di telinga kaum Muslimin.Manakala laungan Bilal menyeru Allah SWT semasa dadanya dihimpit batu besar masih bergema di dalam jiwa Rasulullah SAW dan para sahabat.13 tahun lamanya Rasulullah SAW dan para sahabat memperjuangkan akidah tauhid antara hidup dan mati.Allah Maha Mengetahui penderitaan dan kesukaran yang mereka alami.Oleh itu,Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin untuk berhijrah ke Yathrib{Madinah}dan bergabung bersama penduduknya yang telah memeluk Islam.

Mendengar niat kaum Muslimin untuk berhijrah,kafir Quraisy pun berusaha menghalangi mereka.Akibatnya kaum Muslimin terpaksa berhijrah secara diam-diam pada malam hari kerana khuatir terserempak dengan kafir Quraisy.Umar bin Khattab tidak takut dengan ugutan kafir Quraisy.Beliau memutuskan untuk berhijrah pada siang hari.Bahkan sebelum meninggalkan Bandar Mekah,beliau singgah di tempat berhimpunnya orang-orang Quraisy dan berkata kepada mereka,”Sesiapa yang suka anaknya menjadi yatim dan isterinya menjadi janda sila berjumpa dengan saya di luar bandar Mekah.”Ternyata tidak seorang pun yang berani menyahut cabaran Umar itu.

Kafir Quraisy bertekad untuk membunuh Rasullulah SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.Mereka menghantar para pemuda daripada seluruh kabilah Arab untuk melakukan perbuatan keji itu.Tetapi Allah SWT telah menyelamatkan Rasul-Nya.Kesemua pemuda itu tertidur nyenyak di hadapan rumah Rasulullah SAW,beberapa saat sebelum baginda keluar.Akhirnya dengan ditemani oleh sahabatnya,Saidina Abu Bakar r.a. baginda SAW selamat meninggalkan Bandar Mekah.Para pemuda itu hanya menemukan Saidina Ali yang tidur di atas katil Rasulullah SAW.

Demikianlah pahit getirnya penderitaan Rasulullah SAW dan para sahabat untuk menyelamatkan akidah.Mereka terpaksa meninggalkan rumah dan saudara-mara di bandar Mekah tercinta.Akan tetapi Allah SWT tidak mensia-siakan pengorbanan mereka.Hijrah dari Mekah ke Madinah ternyata merupakan langkah pertama umat Islam menuju kejayaan demi kejayaan.Setelah itu Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menguasai lebih daripada setengah kawasan dunia dalam masa kurang dari 100 tahun.Memandangkan peripentingnya peranan hijrah dalam kejayaan Islam,khalifah Umar bin Khattab telah mengasaskan calendar tahun Islam bermula daripada peristiwa hijrah.Beliau juga menamakan calendar tersebut sebagai calendar Hijrah.

Terdapat jarak masa sejauh 1431 tahun antara masa kita membaca tulisan ini dengan masa di mana Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar r.a. mengharungi padang pasir yang luas dan panas menuju Madinah.Dengan pembukaan Bandar Mekah pada tahun 8 hijrah,kewajipan berhijrah pun telah gugur.Tetapi kita tetap diwajibkan untuk melakukan hijrah “ ROHANI” iaitu dengan berusaha meninggalkan kelakuan buruk dan beralih ke arah memperbaiki jati diri dan kemuliaan peribadi.

Itulah cerita yang berkaitan dengan Hijrah yang bermaksud perpindahan.Semoga kita semua dapat berhijrah daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah.INSYAALLAH…Sempena sambutan Maal Hijrah 1432 H pada hari Selasa bersamaan 7 disember 2010 ini,marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua dapat membuang segala sifat-sifat yang tidak baik….dan mengambil semua sifat-sifat yang baik.Bak kata pepatah “Tiada sesiapa yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri”.






Friday, December 03, 2010

~ ReNyAh ~

Alhamdulillah setelah lebih kurang 4 jam lebih, ana khatam buat kali pertama membaca novel "RENYAH" sebagai persediaan untuk tahun hadapan.Ini sedikit sebanyak yang akan ana kongsikan bersama antum & antunna semua.

Novel ini mengisahkan sebuah keluarga yang diketuai oleh Datuk Dolhi & isterinya, Datin Tominah.Mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu,Hasnol,Amera,Mukhlis,Ilham & Dani.Kesemua anak mereka sudah pun besar dan mempunyai haluan masing-masing.

Hasnol merupakan pegawai kerajaan,Amera seorang pendidik di sebuah sekolah,Mukhlis mempunyai pelajaran yang tinggi tapi dia terpengaruh dengan ajaran yang sesat,Ilham seorang pembela alam tapi dia telah mengadakan tunjuk perasaan di negara lain dengan mengutuk negara sendiri & yang akhir sekali ialah Dani yang merupakan seorang penyanyi rock..

Datuk Dolhi merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal.Beliau mempunyai sebuah syarikat yang dikongsi bersama rakan perniagaannya iaitu,Albert Lee.Beliau mempunyai seorang pekerja yang disukai iaitu Wahi.Wahi merupakan seorang yang sangat rajin dan minat dalam perniagaan.Dia sekarang berada di Jepun kerana belajar cara-cara orang Jepun menguruskan syarikat supaya dapat diamalkan dalam syarikat Datuk Dolhi.Isteri beliau pula menubuhkan Kelab datin-datin{KEDATIN} demi menjaga kepentingan datin-datin.

Datuk Dolhi semakin berusia dan dia memikirkan siapakah yang layak mengambil alih posisinya itu. Anak-anaknya tidak berminat untuk mengambil alih syarikat tersebut.Mereka tetap dengan haluan masing-masing.Sudah berbuih-buih mulut Datuk Dolhi memujuk anak sulongnya,Hasnol untuk letak jawatanya sebagai pegawai kerajaan dan mengambil alih tempatnya di syarikat itu.Tetapi anaknya itu tetap keras kepala kerana isterinya lebih suka dia bekerja dengan kerajaan.

Suatu hari apabila Datuk Dolhi pulang daripada bercuti secara tergesa-gesa di Jepun,beliau memberitahu isterinya bahawa dia telah berkahwin dengan Mastura,isteri kedua beliau.Tetapi Mastura telah meninggal 27 thn yang lalu selepas melahirkan anaknya iaitu Wahi yang bekerja dengannya.Pada mulanya Datin Tominah tidak dapat menerima berita itu dan dia telah melakukan konfrontasi terhadap suaminya itu.Tetapi selepas itu,Datin Tominah dapat menerima Wahi dengan redha.

Semakin hari perangai anak-anak Datuk Dolhi semakin menjadi-jadi.Selepas seorang demi seorang menimbulkan masalah sehingga mencemarkan nama Datuk Dolhi,keluarga &syarikatnya.Hasnol telah makan rasuah kerana termakan dengan kata-kata Tengku Munir.Mukhlis telah ditinggalkan isteri dan menjadi tidak waras dan akhirnya dia dilanggar dan mengalami sedikit kecederaan.Ilham telah ditangkap kerana mengutuk negara sendiri di negara lain.Dani juga telah ditangkap kerana memiliki najis dadah..

Selepas sekian lama Wahi menuntut ilmu di Jepun,akhirnya dia telah pun pulang ke tanah air bersama isterinya yang merupakan orang Jepun.Mereka baharu saja mendirikan rumah tangga.Isteri Wahi telah pun memeluk Islam dan telah mempelajari tentang adat dan budaya di Malaysia.Kepulangan Wahi dan isterinya disambut baik oleh Datuk Dolhi sekeluarga.

Beberapa hari kemudian,Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan mengambil alih posisinya di
syarikat itu.Wahi menerimanya dengan gembira dan berjanji akan menguruskan syariakat itu dengan baik.
Albert yang merupakan rakan kongsi Datuk Dolhi tidak berpuas hati dengan keputusan itu lalu keluar dari bilik mesyuarat tersebut.Albert mahu anaknya yang menguruskan syarikat itu ..Semenjak itulah hubungan Datuk Dolhi dengan Albert semakin renggang.

Selepas selesai semua masalah yang dihadapi oleh Datuk Dolhi,beliau telah menjalani kehidupan dimasa tuanya bersama isterinya dengan penuh ketenangan tanpa sebaranag gangguan.

Itulah yang dapat ana kongsikan ...Mohon maaf jika ada kesilapan..
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada novel "RENYAH" ini.

Wassalam..

Thursday, December 02, 2010

~ ZaMzAm ~

Air ini mempunyai fadilat yang sangat banyak.

Daripada Ibnu ‘Abbas,Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi ini adalah zamzam.Di dalammya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit.”


MAKNA ZAMZAM..

Perkataan zamzam dalam bahasa Arab bererti,yang banyak atau melimpah.Adapun air  zamzam yang dimaksudkan oleh syariat,iaitu air yang berasal dari telaga zamzam.Letaknya dari Kaabah berjarak sekitar 38 hasta.

Dinamakan zamzam,sesuai dengan ertinya,kerana memang air dari telaga tersebut sangat banyak dan berlimpah.Tidak habis walau sudah diambil dan dibawa setiap harinya ke seluruh penjuru oleh kaum Muslimin.

Nama lain bagi zamzam:

~BARRAH  {kebaikan}
~MADHMUNAH  {yang berharga}
~TAKTUMU  {yang tersembunyi}
~HAZMAH  JIBRIL  {galian Jibril}
~SYIFA’  SAQMI {ubat penyakit}
~THA’AMU   THA’MI [makanan}
~SYARABUL  ABRAR {minuman orang-orang baik}
~THAYYIBAH {yang baik}



KHASIAT   AIR ZAMZAM

Daripada penjelasan Rasulullah SAW  & para ulama’ dapat diketahui.bahawa air zamzam memiliki berkat dan keutamaan.Di antara dalil-dalil yang menunjukkan keutamaan air zamzam dapat disebutkan sebagai berikut:

Daripada Ibnu ‘Abbas,Rasululah SAW bersabda:

“Air zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya.Bila engkau meminumnya untuk berubat,maka ALLAH  menyembuhkanmu.Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga,maka ALLAH  menghilangkannya.Air zamzam adalah galian jibril dan curahan minum dari ALLAH  kepada Ismail.”

Daripada Usamah,

“Bahawasanya Rasulullah SAW  meminta untuk didatangkan,segantang air zamzam kemudian baginda meminumnya dan berwudhuk dengannya.”
                                                                       Riwayat Ahmad.


Daripada Hammam,daripada Abi Jamrah ad-Dubai,dia berkata:

“Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Mekah,tatkala demam menyerangku.Ibnu ‘Abbas mengatakan dinginkanlah dengan air zamzam,kerana Rasulullah mengatakan sesungguhnya demam adalah dari panas neraka jahanam,maka dinginkanlah dengan air atau air zamzam."


Rasulullah SAW telah memberitahukan kepada kita dan membenarkan khasiat dan keutamaan air yang tidak pernah kering tersebut.Dengan mengetahui fadilat zamzam ini,maka hendaknya dapat meningkatkan dan memperkuat ketergantungan kita kepada ALLAH SWT.Dialah yang Maha Berkuasa mengatur segala yang dikehendaki.












Tuesday, November 30, 2010

THE ABC's of friendship

A       is for all the nice things you do for me. 
B       is for being there for me.
C       is for coming to my rescue.
D       is never deserting me.
E       is for your eagerness to please.
F       is for being quick to forgive.
G      is for your generosity.
H      is for extending a helping hand.
 I       is for your interest in me.
J       is for not judging my every move.
K      is for your kindness towards me.
L      is for the love you have show me.
M     is for the many laughs we share.
N     is for never gossiping about me.
O     is for your openness.
P     is for always playing fair.
Q     is for the quiet times we share.
R     is for the respect we have for each other.
S     is for all the smiles you bring.
T     is because you touch my hear
U     is for how well you understand me.
V     is because you are a vital part of my life.
W    is for knowing when to speak & when no to.
X     is for all the extra nice things you do.
Y     is for giving yourself.
Z     is for the zip you add to my life.



IBLIS SELALU MENGGODA

Ketika Rasulullah SAW keluar dari Masjid Nabawi setelah selesai solat berjemaah,baginda melihat iblis sedang berdiri di pintu masjid.

"Wahai iblis!Ada apa kau datang ke masjidku?"tegur Rasulullah SAW.

"Aku datang kerana ALLAH semata-mata,"jawab iblis.

"Apa maksudmu?"kata baginda lagi.

"Supaya kau dapat bertanyakan soalan & aku akan menjawabnya dengan baik,"kata iblis.

Rasulullah SAW berfikir sekejap.Inilah kesempatan utk menanyakan beberapa hal kpd iblis mengenai umatnya.

"Baiklah,aku akn ajukan beberapa pertanyaan.Pertama,mengapa kau selalu menghalangi umatku utk melaksanakan solat berjemaah?"tanya Rasulullah.

"Kerana setiap kali umatmu keluar dari rumah mereka utk menunaikan solat berjemaah di masjid,aku berasa kekalahan besar dlm diriku,"jawab iblis.

"Lalu mengapa kau tanamkan perasaan malas & berat bagi kaumku utk membaca al-Quran?"tanya Rasulullah SAW lagi.

"Ya Muhammad!Setiap kali umatmu membaca al-Quran,aku merasakan tubuhku hancur luluh & meleleh bagai besi dibakar api,"jawab iblis.

"Apa sebabnya kau selalu menghalangi umatku berjihad di jalan ALLAH?"tanya Rasulullah.

"Setiap kali umatmu berjihad di jalan ALLAH,aku terpaksa membelenggu kakiku sehingga mereka kembali.Itu sebabnya selalu kuhalangi mereka yg akn berjihad di jalan ALLAH,"jawab iblis.

"Lalu,apa mahumu sehingga kau selalu menghalangi umatku yg akn menunaikan ibadat haji?"tanya Rasulullah.

"Setiap kali umatmu berangkat menunaikan ibadat haji,aku merasakan tubuhku bagai dirantai & dikurung.Selama perjalanan sehingga mereka tiba kembali ke rumah masing2,aku merasa terseksa dlm kurungan,"jawab iblis.

"Kemudian,mengapa kau mengekang umatku utk mengeluarkan infak & sedekah dari sebahagian hartanya?"tanya Rasulullah.

"Ya Muhammad!Setiap kali umatmu mengeluarkan sebahagian drp hartanya utk infak & sedekah,aku merasakan tubuhku di gergaji & di siat-siat dgn pisau.Krn itu aku selalu berusaha menggagalkan umatmu yg akn berinfak & bersedekah," jawab iblis.

Itulah cerita yg ana kongsikan....Kesimpulannya,iblis selalu berusaha mencegah setiap amal baik umat Nabi Muhammad SAW.Kita harus melawannya agar tidak kalah.Apabila kita tidak menjalankan amal yg baik,bererti kita kalah melawan iblis...
Semoga kita semua dapat memuhasabah diri kita sblm kita dijemput oleh YG ESA.

Tuesday, November 23, 2010

MENYAMBUNG TALI PERSAUDARAAN

Slps beberapa minit tercari-cari maklumat yg blh di updatekan,akhirnya ana terjumpa satu artikel yg hendak dikongsikan....Cerita ini berkisarkan seseorg hamba ALLAH yg terpilih krn tlh dipanjangkan umur....


        Pada suatu hari,Malaikat Izrail datang menemui Nabi Daud a.s.Seperti yg kita ketahui,malaikat Izrail tugasnya adlh mencabut nyawa setiap makhluk yg sudah ditentukan ajalnya."Si polan akn meninggal dunia 6 hari lagi,"kata Malaikat Izrail kpd Nabi Daud a.s.Si polan yg disebutkan Malaikat Izrail itu ialah salah seorg drp Bani Israel yg merupakan kaum Nabi Daud.

        6 hari kemudian,si polan ternyta masih hidup.Nabi Daud kehairanan apabila terjumpa dgn si polan itu.
Tidak mungkin Malaikat Izrail berbohong.Rasanya Nabi Daud juga tidak tersalah dengar bahawa si polan akn meninggal dunia 6 hari lagi.Tetapi slps tempoh 6 hari,kenapa dia masih hidup?

        Kemudian Malaikat Izrail datang menemui Nabi Daud a.s.Lalu Nabi Daud bertanya,"Mengapa si polan itu masih hidup setelah 6 hari sejak kau katakan kpdku?
          "Sebenarnya aku akn mencabut nyawanya sesuai dgn waktu yg ditentukan Allah.Tetapi kemudian,ALLAH memerintahkan aku menundanya,"jawab Malaikat Izrail.
          "Mengapa,?'tanya Nabi Daud a.s lagi...

          "Sejak aku mengatakan hal itu 6 hari yg lalu,perangai si polan telah berubah.Dia menyambung tali persaudaraan yg selama ini telah terputus.Dia mengunjungi saudara-maranya yg jauh,sahabat kenalannya & org2 yg seiman dgnnya.Oleh krn itulah,ALLAH memerintahkan kpdku utk memberi 20 thn lagi kpdnya."jawab Malaikat Izrail.

            Gara2 menyambung tali persaudaraan,si polan mendpt tambahan umur selama 20 thn.Selama waktu itu,dia boleh menambah amal baiknya...Beruntunglah si polan yg suka menjaga silaturrahim...

Pengajaran yg blh dipetik dr kisah ini adlh kita mestilah menjaga tali persaudaraan kita sesama makhluk sama ada dgn manusia & juga haiwan...Kita juga mestilah menjaga hubungan kita kita dgn ibubapa,keluarga,kwn2,guru2,jiran2 & ramai lagi...INGATLAH janganlah kita sesekali memutuskan silaturrahim sesama kita....

Semoga kisah itu tadi memberi pengajaran kpd kita semua....wassalam..

Tuesday, November 16, 2010

WANITA & KUPU-KUPU

Kasihan kupu2,badannya cantik & mempesonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam,ia bermaksud lain.Hakikatnya kupu2 bukan semuanya keluar malam,sebilangannya sahaja yg suka berpeleseran pada waktu malam pekat,itupun krn terpedaya oleh lampu dipinggir jalan.
             Kupu2 tetap indah,cantik menawan.Sebilangan besar kupu2 terbang pada waktu siang,hinggap pada bunga-bungaan,menghirup kemanisan yg tersembunyi ditengah-tengah.Kemudian kupu2 terbang lagi & hinggap di daun segar.Siapa pun melirik apabila terperasankan kelibat kupu2,hati siapa pun ingin memiliki keunikan,keindahan,kecantikannya di hujung jari.
             Tetapi sayap kupu2 mudah terlerai,apabila sedah berderai,tiada siapa akn inginkannya lagi.Kupu2 pun terbiar......
                "WAHAI WANITA & KUPU2,ANDA ADA PERSAMAAN,
                  WAHAI WANITA & KUPU2,ANDA TAMSILAN KPD KEINDAHAN,
                  WAHAI WANITA & KUPU2,ANDA JUGA TAMSILAN
                  KPD KEROSAKAN & KEMUSNAHAN....."
             Demikian wanita dijadikan TUHAN utk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu2 dijadikan TUHAN utk mnghiasi bunga-bungaan.Tanpa wanita dunia terasa sempit & tidak seronok utk didiami.Kaum lelaki akn berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi dgn kenikmatan di syurga.Lalu baginda memohon kpd TUHAN agar dijadikan seorg teman agar boleh dia berbicara,bersenda gurau & membina sahsiahnya.Terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s.Barulah terisi jiwa Nabi Adam & segala kenikmatan syurga disekelilinginya terasa wujud.
            Ternyata wanita cukup prlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat memerlukan suntingan kupu2 utk merealisasikan proses pendebungaan.Tanpa permaisuri siapalah lelaki bergelar raja itu,tanpa isteri siapalah lelaki yg bergelar suami.tanpa wanita siapalah peria mahu digelar pemimpin itu?
             Tanpa Fatimah az-Zahra,barangkali Saidina Ali tidak akan menjadi menantu Rasulullah yg amat disayangi.Tanpa Asiah,barangkali Nabi Musa tidak terbela hingga menjadi penentang kpd suaminya yg kufur & mengaku tuhan itu.Tanpa Masyitah,barangkali tidak tebukti betapa wanita boleh berpegang teguh kpd keimanan meskipun maut didepan mata.
             Namun seorg wanita yg menjadi isteri Nabi Nuh telah menjadi penentang kpd kebenaran,seorg wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah & mengunyah hatinya,& seorg manusia sejagat ramai waniat menjadi pendorong kpd kemaksiatan,kekufuran & kemusnahan lelaki.
            Alangkah besar 7 pentingnya peranan wanita dlm kehidupan lelaki,sebagaimana besar & pentingnya peranan kupu2 dlm menambahbiakkan bunga-bungaan.Tetapi alangkah besar & hebatnya peranan wanita dlm merosakkan kehidupan lelaki,sebagaimana besar & hebatnya perana kupu2 dlm dirinya dgn menerjah api.
            Sekarang tanya diri antunna masing2,"DIMANAKAH KEDUDUKANKU?"...........

Friday, November 12, 2010

DEBARAN UPSR TELAH PUN BERAKHIR TP PMR BELUM LAGI!!!!!!

Kelmarin result upsr telah pun keluar
tanda berakhirnya debaran bg adik2 yg
menduduki upsr....
ade yg gembira kerana berjaya mendapat
keputusan yg cemerlang
& ade juga yg sedih
cause dpt result yg krg baik...
tpwalau apapun
itulah result yg adik2 dpt
hasil drp usaha & penat lelah
masing2.....
ana juga ade 2 org sepupu
yg menduduki pperiksaan tersbut......
sorang laki sorang perempuan....
yg laki dpt 5A
& yg perempuan dpt 3A 2B...

Sebaik sahaja result upsr keluar
ana memikirkan apabila
result PMR akan diumumkan pada
akhir bkn DISEMBER ini....
hanya tinggal lbh kurang sbln sahaja lg..
ana berasa takut apabila
terbayang ketika pergi mengambil
result di sek nanti...
ana takut sgt.,,,,
result ana akn mengecewakan mana2 pihak
terutamanya ibu bapa ana...
tp ana berharap sgt semoga
 ana akn mendapat keputusan yg cemerlang...
begitu juga dgn kwn2 seperjuangan ana yg lain...
apa yg ana mampu buat skrg
hanyalah berdoa kpd YG BERKUASA...
& BERTAWAKKAL KPD ALLAH....
ana berharap ana akn dpt menghadiahi ibu bapa
ana dgn kejayaan yg cemerlang
dlm peperiksaan & juga akhlak...
INSYAALLAH....

Monday, November 01, 2010

RINDU SEK & KAWAN2 ^-^

Ptg ni dah nak balik sekolah....
suka sgt.......sbb lama dah x pergi sek
lps habis pekse dulu....rindu kwn2,cg2 & sume skali...

Kalau ikut betulnya
g ari sabtu ni...
tp teacher salmawati tepon kelmarin
bg taw suh mari sekkk....
ade org dtg check mata....esok
xsabar nak g sek....
hrp2 ada lah ramai budak pompuan f3...
ok....
sampai situ je dulu....

Sunday, October 31, 2010

IDUL MILAD YA ABI.....UHIBBU ABI SHADIDAN...

Kelmarin
bertarikh 30 OKTOBER 2010
Maka genaplah umur ayahku
67 tahun....

Aku berasa sungguh sayu
apabila mengenangkan usia ayahku yg semakin lanjut
tp apakan daya
itu semua kehendak -NYA....

Aku bersyukur sgt krn ayahku tidak mengalami
sebarang penyakit...
Aku berdoa semoga umur ayahku di panjangkan
krn aku masih memerlukannya....

Walaupun sudah lanjut usia,
namun ayahku masih kuat spt org muda...
Ayahku sibuk dalam menguruskan
surau tinggalan arwah datukku....
beliau sentiasa ingin memberi keselesaan kpd para jemaah
yg dtg ke surau tersebut...
Baru-baru ini beliau telah memperbesarkan ruang solat para jemaah,
& ALHAMDULILLAH telah pun siap
dgn kerjasama para jemaah di surau itu...

Ayahku juga merupakan pengerusi
KHAIRAT KEMATIAN SURAU ALOR TEMBESU
yg disertai oleh 100 lebih penduduk yg
trdiri drp pelbagai kg di dungun ini....
ayahku sentiasa sibuk apabila terdapat
kematian yg melibatkan ahli yg menyertai
program khairat itu...

Dalam kesibukan itu juga,
ayahku masih sanggup mengajar sepupu2ku
yg masih kecil di rumahku...
ayahku ibaratnya tidak pernah mengenal
erti penat lelah..

Walaupun ayahku sudah bersara pekerjaan,
namun beliau tidak pernah bersara
drp melakukan amalan kebajikan...

Aku berharap semoga
ALLAH memberkati segala usaha murni ayahku itu &
mempermudahkan segala urusan ayahku dalam
menyampaikan dakwah dijalanmu....

"YA ALLAH ,YA TUHANKU
KAU AMPUNKANLAH DOSA IBU BAPAKU,
BERKATILAH KEHIDUPAN MEREKA
& KASIHANILAH MEREKA SEPERTIMANA MEREKA
 MENGASIHANIKA KETIKA KECIL"

Wednesday, October 27, 2010

AR-RAHIM MANUSIA

Assalamualaikum,assalamualaikum....
kedengaran org memberi slm di rumah ana
kira-kira pukul 2.45ptg kelmarin...
Ana pun keluar melihat siapakah org yg memberi slm itu...
sebaik ana buka pintu,ana lihat seorg pak cik ,
dia bertanya kpd ana 'ayah ade x?'
ana bg taw ayah ana tidur....
pak cik itu suruh ana kejutkan ayah ana..
mak ana pun bangun lalu mengejutkan ayah ana...
sebaik shj bangun,ayah ana berjln menuju ke muka pintu rumah ana
dimana pak cik itu berada...
ana x mendengar ape2 pun yg dibualkan oleh mereka...
tp slps pak cik itu balik ..
ayah ana bg taw yg pak cik itu bg duit sebanyak RM xxx.xx....
dia dermakan untuk surau atuk ana yg kini di uruskan oleh ayah ana..
sebaik mendengar perkara itu,langsung terlintas di hati ana
'murahnya hati pak cik itu' ....'

Cuba kita fikirkan betapa bagusnya jika manusia skrg mempunyai sifat spt pak cik itu.....
tp zaman skrg krg org spt itu krn mereka beranggapan kalau derma nanti semakin sikit harta mereka..
sesungguhnya ALLAH akn memperbanyakkan lagi harta org yg ikhlas membelanjakan hartanya ke jalan ALLAH....so,kita jgnlah kita sayang utk sedekah/derma walaupun dlm kuantiti yg sedikit...
yg pnting adlh IKHLAS KRN ALLAH...

itulah sedikit sebyk yg ana kongsikan..
smoga ianya menjadi iktibar buat kita semua...

Monday, October 25, 2010

MUDARRISAT 3MB2 2010....

BM : Pn.Zuraida ~ guru yg paling disukai ramai,suka buat lawak,D-lah's favourite.

BI : Pn.Salmawati ~ always talking english in class,a cute teacher,has white & smooth skin.

BA : Ustaz Fadhli ~ satu-satunya guru L kelas kami,ajar nyanyi tasrif feél,suka buat lawak,sekali 
suka riuh sekelas,seorang yg tekun & teliti dlm melakukan sesuatu perkara.

MT : Pn.Norazlina ~ guru kelas kami, ,seorang yg tegas & baik,selalu menasihati pelajarnya,
sekali cg marah , 1class senyap,Izzati (a) 's favourite teacher.

SN : Pn.Mazilah ~ selalu serius,tp suka buat lawak,kalau buat lawak cg x senyum pun,mendapat
cahaya mata baru pd 20 oktober 2010....semoga cg akan sembuh kembali.

GEO : Pn.Fatimah ~ guru projek PMR,ditakuti ramai,selalu bagi nasihat kpd kami,byk fikir tentang PMR hingga tension,cg nasihat supaya jgn tinggal solat hajat slps solat maghrib,tp
sblm solat hajat solat taubat dulu..solat fardhu jgn tinggal pulak..
ibu yg mithali.

SJ : Pn.Zanariah ~ paling disukai ramai terutama pelajar L,seorng guru yg sporting,Solihin's    
favourite,always asking about him.  

PAI : Ustazah Kamsiah ~ sgt baik,selalu bg nasihat,bg taw cara solat tasbih & mcm2 solat sunat.

KH ERT : Pn.Rohani ~ seorang guru yg sgt rajin,selalu bg kami latihan,bg nasihat supaya jaga
sikap & emak kpd Basirah.

KH PERDAGANGAN : Pn.Intan ~ guru & warden yg sgt prihatin terhadap pelajar2nya,sentiasa tanya jika kami ada masalah di asrama mahupun di sekolah..dulu ajar budak (P) ERT kelas 3mb2 & 3mb3.

KH TEKNIKAL: En.Johari ~ selalu buat lawak,terdiri drp seorang kaum hawa yg menyertai aliran ini,dlm kalangan pelajar lelaki,terdapat seorng pelajar perempuan yg baru berhijrah dari SMKAP ke SMKAKA.



Sunday, October 24, 2010

HASAD DENGKI

IMAM AL-GHAZALI
Menggariskan sifat hasad dengki menumbuhkan 7 sikap yg amat tercela yg bakal merosakkan diri seseorang :
1.Suka kpd permusuhan
2.Rasa diri mulia
3.Bersifat takabbur
4.Ujub dgn diri sendiri
5.Takut hilang cita2 yg di ingini
6.Suka menjadi ketua & di sanjung-sanjung
7.Jiwanya jahat & kedekut

AHLUL HIKMAH
Hasad dengki boleh membawa 8 bencana kpd jiwa & agama seseorang:
1.Merosakkan ketaatannya
2.Mendorongnya membuat kederhakaan
3.Menghalangi dirinya drp mendapat syafaat
4.Menjatuhkannya ke dalam neraka
5.Sering melaksanakan sesuatu yg membahayakan org lain
6.Sentiasa di dalam keadaan berdosa
7.Hatinya tertutup drp memahami hukum-hakam ALLAH
8.Segala cita2nya tidak tercapai

IMAM ABUL LAITH AS-SAMARQANDI
Mengkhususkan 5 bencana yg akan menimpa si penghasad dengki :
1.Hatinya selalu resah & tidak tenteram
2.Ditimpa bala / musibah yg tidak dicatatkan pahala pdnya
3.Seluruh perbuatannya di nilai keji-keji amalan
4.Hidupnya di murkai ALLAH
5.Tidak  mendapat taufik dr ALLAH

Friday, October 22, 2010

BINGKISAN BUAT MUSLIMAH

aduhai muslimah
dimanakah letaknya harga dirimu
membiarkan diri menjadi
tontonan mata ramai lelaki

kemanakah hilangnya perasaan malumu
mendedahkan keindahan diri
yang sepatutnya menjadi
hadiah buat suami

sudah hilangkah
peribadi muslimah sejati

sudah hapuskah
keteguhan akidahmu

dimana lagi dapat dicari wanita
yang setaat SITI KHADIJAH
yang seteguh SUMAIYAH
yang sesuci FATIMAH

sedarlah wahai muslimah
pulihkan harga dirimu
tanamkan kembali rasa malu
jadilah seperti AINUL MARDHIAH
bidadari dambaan para syuhada

jangan biarkan dirimu
dijilat & dibaham oleh API NERAKA..





10 perkara termasuk dalam perkara sia2

  • Lelaki atau perempuan yang berdoa untuk dirinya sendiri ,tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapa sendiri & kaum Muslimin.
  • Orang yang sering membaca AL-QURAN ,tetapi tidak membaca secara tertib sehingga 100 ayat setiap hari.
  • Lelaki yang masuk ke dalam masjid,kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahiyatulmasjid.
  • Orang yang melawat tanah perkuburan,tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur & tidak mendoakan untuk arwah mereka.
  • Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota,kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
  • Lelaki atau perempuan yang tinggal dalam satu lingkungan dengan ulama,tetapi dia tidak menggunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan. 
  • 2 lelaki atau perempuan yang bersahabat,tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing2 & keluarganya.
  • Lelaki atau perempuan yang mengundang seseorang menjadi tetamunya,tetapi tidak diacuhkan & tidak dilayani tetamunya itu.
  • Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk ilmu & meningkatkan budi pekerti.
  • Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan,sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...