Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan & pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua tanggung natijahnya,
‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan
sebaik-baik kejadian’. {Al-Tin : 4}
Sedarlah teman,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat’. {Al-Mujadilah : 11}
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu,tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
‘You are the best ummah’. {Al-Imran : 110}
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi ALLAH adalah
orang yang paling bertaqwa’. {Al-Hujurat : 13}
Jelaskan visi perjalanan,
‘Ya Tuhan Kami,berilah kami kebaikan di dunia & kebaikan di akhirat
& peliharalah kami dari azab neraka’. {Al-Baqarah : 201}
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
‘Bacalah!Bacalah dengan {menyebut}nama Tuhanmu
Yang menciptakan’. {Al-Alaq : 1-2}
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi
& gunung-ganang,maka semuanya enggan memikul amanat itu & mereka
khuatir akan mengkhianatinya & dipikullah amanat itu oleh
manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim &amat bodoh {kerana mahu
menerima tugas tetapi tidak melaksanakan’. {Al-Ahzab : 72}
Ketinggian seseorang kerana iman,
‘Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah pula kamu bersedih hati
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika
kamu orang-orang yang beriman’. {Al-Imran : 139}
Lantaran itu,carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah - malas /masa + yakin,
Asas kejayaan,
‘ALLAH tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah
nasibnya sendiri’.{Ar-Ra’d : 11}
‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan
ALLAH & RASUL-NYA kepada mereka & berkata : cukuplah ALLAH bagi
kami,ALLAH akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya
& demikian pula RASUL-NYA,sesungguhnya kami adalah orang yang
berharap kepada ALLAH,{tentulah yang demikian itu lebih baik bagi
mereka}’. {At-Taubah : 59}.
Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian & dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
Jika kau redha,sabar & terus berusaha,
Tapi,kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal & menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Temanku ,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat & jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.