كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Wednesday, February 27, 2013

sunnah nabi

bismillahirrahmanirrahim




Sunnah Yang Ditinggalkan!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#


wallahu'alam

lalai

^_^


handphone(hp) berbunyi
tanda mesej masuk
aku melihatnya
satu mesej dpd sahabat

^
^
^
^


aku menyiapkan bahan2 yang akan diambil oleh shbt tersebut
lalu aku bergerak ke dapur utk mengemas bahagian dapur
tiba2 kedengaran suara 'kak bawa air semangkuk...nak basuh badan adik ni..adik demam.'
terus aku membawa air ke arah ibuku...
setelah itu aku membuka laptop diatas sana
utk mem'print' bhn yang patut aku lakukan

^
^
^
^
^
^
^

kemudian,,aku membawa bhn2 yang telah diprint ke kamar aku
aku menyiapkan bahan2 utk sahabatku dan memasukkannya ke dalam fail

^
^
^
^ 

aku keluar dari bilik terus ke dapur kembali
lalu aku terkejut
kerana bekas yang aku isi dgn ikan yang telah aku beli telah beralih tempat
lalu aku menjerit 
'mak,,ada mari ke dapur ke????ikan hilang???

pantas ibu bergerak ke dapur bersama adik
'apa yang berlaku kak ?'

aku menjawab 'ikan ayer hilang ibu'....
ibu menjawab 'dah kak gi buka ke pintu dapur dan tinggal berjam2,,mana x ke hilangnya ikan tu.....' herm...

hehe...jadi
ikan tu jadi rezki si kucing...
be cool again

^
^
^
^

terfikir x anda semua,,
itu ikan hilang diambil oleh si kucing,,
tanpa kita sedari...

sekarang ini iman kita dihiris2,,digoyah2,,
dihalus2,,,dimasuki,,,ditusuk2
oleh JAHILIYYAH MODEN tanpa kita sedari..
kadang2 kita terasa apa yang kita buat itu adalah betul
tetapi hakikatnya
kita mengikut amalan budaya masyarakat2 BARAT...

mereka menerap masuk ke dalam diri kita tanpa kita sedari
melalui pakaian kita
melalui percakapan kita
melalui pergaulan kita
melalui media massa
melalui media elektronik
& so on....

jadi 
hazarlah(waspada) terhadap jarum2 halus barat tersebut
jangan sampai kita menjadikan amalan2 mereka sbg rutin harian kita..

wassalam





Sunday, February 24, 2013


CUKUPLAH SEHARI!!!!!!!!!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......
Alhamdulillah wa syukrulillah....

Cukuplah sehari utk mengajar erti sebuah kehidupan...
Cukuplah sehari utk mengajar erti sebuah pekerjaan...
Cukuplah sehari utk mengajar erti sebuah ketabahan...
Cukuplah sehari utk mengajar erti sebuah tanggungjawab...
Cukuplah sehari utk mengajar erti sebuah kepimpinan...

ALLAHUAKBAR...

ENGKAU tahu apa yang terbaik utk hambaMU
Walau hanya dgn sehari
Pelbagai perkara yang baru dapat dipelajari
Dari sekecil hingga sebesar perkara
Ilmu tentang sebuah pekerjaan
Didlmnya akan terselit kesusahan melaksanakannya
Didlmnya memerlukan ketabahan diri
Namun perkara tersebut perlu dilakukan
Utk menampung tanggungan

Walau hanya dgn sehari
Dapat membuka mata sebesar2nya
Melihat dunia yang semakin ‘maju’
Melihat pelbagai gejala social
Yang dipelopori oleh generasi muda
Ikhtilat semakin berleluasa
Pergaulan lelaki perempuan tersangat bahaya
Yang semakin hari semakin meruncing
Couple menjadi perkara biasa
Dating menjadi perkara rutin
Zina menjadi makanan harian


Wahai diri
Tidakkah engkau sedar
Tidakkah engkau rasa bersalah
Tidakkah engkau takut balasanNYA nanti.....

Adakah engkau akan biarkan perkara itu terus berlaku
Adakah engkau akan melihat sahaja perkara itu dgn mata kepala sendiri
Adakah engkau rasa dgn cara itu sudah cukup
Adakah engkau rasa engkau hanya mampu mencegahnya dgn hati
Walhal engkau mengetahui mencegah dgn hati itu selemah-lemah iman....
Jadi
Bangkitlah wahai diri yang melihat
Bangkitlah menyelamatkan rakan2 mu diluar sana
Bantulah mereka bagi menariknya ke jalan yang benar
Pandulah mereka dgn jalan yang diredaiNYA....
Walaupun hanya sehari engkau baru mengenalinya
Gunakanlah peluang itu utk engkau menolongnya
Jangan engkau hanya berdiam diri
Kelak
Dirimu akan dipersoalkan oleh PENCIPTA


Wahai yang melihat
Usahalah utk membantu rakan2 saudara seislammu sendiri
Tidakkah wujud perasaan kasih sesame mereka
Tidakkah engkau ingin melihat ISLAM itu naik semula
Janganlah takut utk melakukan semua itu
Kerana itu adalah tugasmu
Sbg DA’IE


wassalam....

Saturday, February 23, 2013

work

bismillahirrahmanirrahim

ya allah,,,,
kau akan terus menguji...
satu demi satu ujian....
xkira masa
xkira tempat
KAU akn menguji hambaMU yg kerdil lg hina..
demi sebuah perjuangan,,,,
diri haruslah tabah harunginya...
kerana diri ini tahu akan balasanMU..



A111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.                                                                               [at-taubah:111]



Sebagai umat nabi muhammad yang beriman pada ayatMU itu,,,
diri perlu tabah harungi ujian itu...
diri telah membuat keputusan utk belajar berdikari,,,
demi masa depan yang cerah dan halal....
diri ini memohon agar ENGKAU akan kuatkan diri ini
bile syaitan mencucuk jarum2 halus
yang terkadang x disedari oleh hambaMU.....
diri ini juga berharap agar dpt terus istiqamah
dalam melibatkan diri dengan bulatan gembira...
kerana bulatan tersebut sgt penting bg diri ini...
bulatan tersebutlah adalah tunjang segalanya....

moga akan terus thabat dijalanNYA....

SABAR JADI PENEMAN,,,
IMAN JADI PENGUKUH,,,
AKIDAH JADI PEGANGAN,,,
RASUL JADI IKUTAN,,,
ALLAH JADI TEMPAT ADUAN...

P/S : SAHABAT2..KU POHON NASIHATMU BILA TERLEKA...

wassalam...





Friday, February 22, 2013

jaulah

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah....wa syukrulillah..

smkaka tetap dihati...

hari ini ana dan shbt kaka membuat jaulah ke sana...

utk menziarahi adik sahabat,ALIA NATASYA GHAZALI....

adik sahabat macam adik ana sendiri...

sbb kita bersahabat...perlu jugak kenal ahli keluarga sahabat..

taaruf dgn shbt kita tntg keluarganya.....

setelah mengadakan sesi taaruf bersama adiknya...hampir 1 jam disana...

kami menjejakkan kaki pulang ke teratakku..

semasa  jaulah,,,,,
kehangatan kaka diimbas kembali.....
memori silam terkenang semula....
tidak perlu dipanggil
namun 
ia datang sendiri...
ada pahit ada manis
ada suka ada duka
semua itu dirasai...
semua itu diharungi..
semua itu dilangkahi...
semua itu ditabahkan...
walau diri berasa lemah...
walau diri berasa bersalah..
walau diri berasa kerdil....
kerana 
itulah hakikat sebuah kehidupan...


kehidupan spt roda..
sekali diats...sekali di bwh..
bila berada di atas,,,,
mnusia akn suka.....
bila berada di bawah,,,,
manusia akn duka.....



disitulah 
tempat penulis belajar2 segalanya..
tempat penulis mndpt ilmu2 yg bukan shja
duniawi malah ukhrawi....
tempat dimana penulis diuji dgn pelbagai ujian..
baik dr segi pelajaran...
persahabatan,.....
persekitaran...
dll....
dan yg paling penulis perit sekali
ialah 'persahabatan'....

dpd sebuah persahabatan 
yg diselitkan dgn kronologi yg sgt 'indah'....
semuanya mematangkan penulis.....
semuanya mengajar penulis tentang suatu kenyataan..
semuanya mendidik menulis agar menjadi diri sendiri...
semuanya membelai penulis dgn teguran2 dpd shbt2 yg soleh..
semuanya menjadi kenangan..
terkadang penulis ingin mencoretkan segalanya tentangnya disini...
namun...dgn nikmat yg ALLAH bg + nasihat dpd shbt...
biarlah semua itu menjadi rahsia penulis...
hanya ALLAH yg tahu segalanya...
syukran ya ALLAH...


mnusia harus ingat bahawa mereka harus lalui semua itu
dgn hati yg terbuka dan tabah...
biznillah....





musolla tempat kasih bertaut...indahnya....


pengasingan santapan pagi pljr2 muslimin dan muslimat


mal'ab...tempat memori terindah...tautan kasih 'watinmimai'


wakaf tempat bertaarufnya penulis dgn adik shbt..


ini dia van yg familiar dgn kami semua...
dimana shja tempat yg hendak dituju...
inilah van yg akn dicari....


sekian sahaja tinta penulis...

mohon maaf semua...

wassalam

Wednesday, February 20, 2013

imbas kembali

بسم الله الرحمن الرحيم


dengan masa yang terluang,,,
alhamdulillah,,penulis bisa menyiapkan satu lagi video
yg bertittle

'MUNAZARAH 2012'
......

penulis sangat merindui saat itu..
berusaha utk menyiapkan bersama sahabat perjuangan
iaitu 

HANIS
HUSNA
AISYAH
HAMIDAH

this is our team from SMKAKA.....

asalnya diri terasa x ingin utk sertai,,,
namun biznillah tetap 
disertai.....

debat mendidik diri ini utk meneruskan
perjuangan 'mengaji' bahasa arab
dgn lebih tinggi....

inshaallah akan dipilih bahasa ini 
disambung pelajarannya...
hati sgt suka utk mempelajari
bahasa syurga ini...

xpernah merasa bosan dgnnya...
xjemu utk mengajar shbt2,,,adik2...
moga ALLAH mmberikan kefahaman kpd diri ini...







والله اعلم

maratib amal

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah....
marcapada.....pelbagai wasilah telah diwujudkan utk pelbagai
kebaikan....adapun yg ke arah keburukan...
atas diri masing2 utk memilih yg mana...

disini,,,
penulis ingin berkongsi tentang 
'MARATIB AMAL'
yg dipetik dr blog EN MUSAB


utk lebih lanjut tentang maratib amal,
dijemput ke blog en. musab....






والله اعلم

Tuesday, February 19, 2013

prefects



di keheningan pagi
kaki melangkah keluar 
mencari santapan rohani buat usrati
hazar di jalan raya mjdi keutamaan
demi keselamatan si pembonceng

tiba di tempat idaman hati
lalu ternampak beberapa orang pelajar
yang berdiri di hadapan pintu pagar sekolah
ada lelaki dan ada perempuan
lalu di 'passing2' sebuah buku catatatan
???
???
???

dupppp!!!
tersentak hati ku....
itulah pengawas yg melaksanakan tanggungjawab
mengambil nama pelajar yang lewat...

hati mula :(
sayu terasa teramat sangat
mula rindu alam persekolahan

dahulu
aku juga seperti si penjaga pintu pagar tersebut
denda mereka2 yg lewat
tanpa mengira kawan,teman,sahabat,senior
sekarang
semua itu tinggal kenangan..

melaksanakn tanggungjawab memang susah
kerana ia satu amanah 
amanah akn disoal di akhirat kelak
semasa aku bertugas
aku memberanikan diri membuat apa yg sepatutnya
kerana itu tanggungjwab aku
hatta terhadap seniorku
timbul juga rasa takut itu
tapi
aku lagi takut kpd ALLAH....
jd aku tetap melakukannya terhadap senior2ku

semua itu hanya permulaan memikul tanggungjwab sbg seorang pengwas
selepas ini pelbagai lagi tanggungjwab yg perlu dilakukan....
dan...
ingatlah bahawa
semua umat islam mempunyai tanggungjwab
iaitu berdakwah
kerana 
MAN QALA LAILAHAILLALLAH WA HUWA DA'IE....
(siapa yg berkata lailahaillallah mereka ialah pendakwah)

dan satu lg pesanan nabi kita

BALLIGHU ANNI WALAU AYAT
(sampaikan dpdku walaupun sepotong ayat)


kronologi dakwah

Bismillahirrahmanirrahim


ayuh kita tonton video ini...
utk mengetahui perjalanan dakwah...
ianya panjang...jauh..memenatkan..dihalangi dgn pelbagai ujian..
namun....
kita x berseorangan......kita punya sahabat sefikrah...
sahabat yg akn menegur kita bila tersalah laku....
berjalanlah seiring dgn sahabat2....
secara berjemaah...

buang yg keruh
ambil yg jernih...

buang jahiliyyah
ambil ISLAM totally...




tinggallkan beban jahiliyyah!!!!!!!
jika tersungkur.....
sahabat ,,,,
pimpinlah daku bersamamu...
jgn tinggalkan aku dalam kejahilan...




Wallahu'alam


Monday, February 18, 2013

SEBIJI SAWI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH 
LAGI MAHA PENGASIH





(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (SURAH LUQMAN AYAT 16)



apakah ibrah yang diperoleh dpd ayat tersebut....

pertama,,,,,
setiap perkara yang kita buat akan dihisab dan ditimbang
oleh pencipta kita RABBUL ALAMIN.....
xkira sama ada perkara itu baik atau buruk....
kecil atau besar....

fenomena masyarakat sekarang,,,
kebanyakannya memandang enteng terhadap 
sesuatu perbuatan yg dianggap kecil dimata manusia....
tetapi,,,tidakkah kita terfikir,,,
mungkin dgn amal yang kecil itu,,,,
di akhirat nanti,,jika kita x dapat masuk ke syurga kerana kurangnya
amal di dunia..
dgn amal2 yg kecil itulah inshaallah akan menyelamatkan kita dpd masuk ke neraka...

selepas ini,,,
jika ternampak halangan2 di tengah2 jalan,,,,,
sampah di tempat yg kita lalui
& apa shaja amal yg baik...
ayuh ringankan anggota badan kita utk mengalih @ membuangnya...

^
^
^
^


ibrah yang kedua...
ALLAH itu sangat kasih kepada hambaNYA.....
kenapa?????????????kenapa????
xlain dan x bukan....
jika hambaNYA baru berniat utk melakukan kebaikan,,,,
malaikatNYA telah mencatat pahala buat hamba tersebut...
dan 
apabila hamba itu melakukan kebaikan tersebut,,,
akan dicatat pula pahala amal tersebut....

tetapi.....

jika hambaNYA berniat utk membuat kemungkaran,,,,,
malaikatNYA x mencatat lagi dosa...
jika hamba tersebut melakukan kemungkaran tersebut....
barulah tercatat dosa hamba itu...


itulah PENCIPTA KITA yang sangat kasih dan sayang
terhadap hambaNYA...
jadi.....
tidakkah kita berasa malu utk melakukan kemungkaran
sedangkan ALLAH telah mengurniakan pelbagai nikmat 
buat kita.......




WALLAHU'ALAM

Sunday, February 17, 2013

tinta sahabat





buka peti inbox email....
ku terima satu email dpd sahabat....

^
^
^
^


Ya ALLAH,
      jadikanlah langkah-langkah kaki kami,
          sentiasa berjalan di atas rahmat,
                reda, dan cinta-Mu.

        Jadikanlah hembusan nafas kami,
            yang terakhir di dunia fana ini,
                dengan nafas tauhid,

                      Jadikan ISLAM,
                sebagai keredaan kami,
       bagi menutup mata pada saat kematian.

                   Jadikan air keimanan,
           yang menyucikan jenazah kami.

                      Jadikan keihsanan
         yang membaluti seluruh jasad kami
                    dengan wangiannya.

                       Jadikan ketakwaan 
                      sebagai kain kafan 
             yang membungkus jasad kami.

                        Jadikan doa
      individu-individu yang menghantar jenazah kami
   sebagai taburan bunga-bunga dari taman syurga
                  di atas pusara kami

                  Jadikan kuburan         
              yang kami tempati nanti
           terang dan lapang dengan doa-doa
      anak-anak yang soleh dan taat kepada - Mu,






والله اعلم


Friday, February 15, 2013

''Segmen Miss Hearty Mencari Bloglist Fresh 2013 ".

بسم الله الرحمن الرحيم


^
^
^
^
^





tekan banner utk ke blog MISS HEARTY...


this is the fisrt time for me....
join 'segmen miss hearty'........
syukran sahabat blogger umair
banyak kali sudah shbt ini menyertai segmen2 sebegini rupa...
mlm ini hatiku terdetik utk turut join bersama...
moga mendapat redaNYA....


warkah buat MISS HEARTY ;


kawan macam biskut,,,
sekejap ada sekejap tiada....
sahabat macam madu,,,
penawar bg setiap penyakit....
rakan macam ubat,,,
ada yang pahit ada yang manis....


salam ukhuwah buatmu....
moga ukhuwah yg terjalin tersemat rahmatNYA..
jom kongsi ilmu di blog!!!!!


^
^
^
^



والله اعلم






Monday, February 11, 2013

PASti




pada hari khamis,7 FEBRUARI 2013
bersamaan
26 Rabiulawal 1434,,,
PASTI AL-FATHONAH BUKIT CHATAK 1
telah mengadakan sambutan MAULIDURRASUL
utk semua pelajar pasti berkenaan...
gelagat2 si kecil cilik pada hari tersebut....

^
^
^
^
^


perarakan keluar
berkumpul di dataran pasti utk beratur
pulang ke pasti semula


si kecil mumtazah!!!!!!!!!!!

munajat padaNYA pada waktu dhuha

ikrar as a muslim

perarakan keluar bermula dgn imam muda 6 tahun

berkumpul semula utk balik ke PASTI

tangan ke bahu!!!!!!

ahmad fahmi paling kecil....



bertembung dgn perarakan sek keb kuala dungun


walid ukht fatimah.....

rumah kuning....kalo smkaka QUTAIBAH ah ni...



^
^
^
^
^
^







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...