كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

salam iduladha

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah...
alhamdulillah..
alhamdulillah...

allahu akbar..allahu akbar..allahu akbar...






SALAM IDULADHA utk semua warga muslimin muslimat sekalian...

alhamdulillah,,,
masih lg diberi nafas utk hidup dibumiNYA...
pejam celik pejam celik,,,
 masa berlalu begitu pantas sekali....
sdgkan tuntutan ILLAHI masih byk lg...

YA ALLAH,,,
tabahkan hati ini,,,
moga diberi petunjuk ila siratulmustaqim..


SAIDINA UMAR berkata,

'AYANQUSUDDIN WA ANA HAYYU'

- adakah ISLAM akan berkurang sedangkan aku masih hidup...

ayuh teman2,,,,kita sematkan kata2 ini dalam
hati kita....
pasakkan akidah,,,
jaga ibadah,,
lahirkan akhlak mahmudah...


sirru ala barakatillah...

pray for me..

asif jiddan kerana sudah lama x meng'update' post...







الله اعلم

Wednesday, August 14, 2013

mesir kini!!!

بسم الله الرحمن الرحيم




Inilah yang berlaku di Mesir hari ini!

Gambar sadis dari Medan Nahdhah hasil perbuatan As Sisi dan konco-konconya. Demonstran tidak bersenjata ini hangus dibakar sehingga syahid!

اللهم انصر اخواننا المسلمون في مصر وفي كل مكان

Link video : http://www.youtube.com/watch?v=wh2ZBsNY5pw

Sumber : Muhammad Mursi Raisan Lil jumhuriyah








Angka syuhada' terus meningkat di medan jihad Raba'ah dan Nahdhah sekarang.(14 ogos 2012)












allahurobbi....
ayuh sama2,,,,berdoa kpd ALLAH utk umat ISLAM MESIR dan semua tmpt...


ayuh bangkit dari lena DUNIA.....


Wednesday, January 23, 2013

12 RABIULAWAL 1434M

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


SALAM MAULIDURRASUL 1434 H


Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan 2 nikmat yang tiada tandingannya,iaitu nikmat ISLAM & IMAN......alhamdulillah kerana hari ini merupakan hari maulidurrasul nabi kita NABI MUHAMMAD SAW 1434 H....banyak sambutan yang diadakan untuk menyambut maulidurrasul...antaranya perarakan,pertandingan membuat spanduk & ceramah2.....spt thn lepas,bumi tarbiyyahku SMKAKA tidak mengadakan acara perarakan tapi diadakan ceramah bg pelajar ting 1-3 & amali sembelihan bg pelajar ting 4 & 5...itu merupakan julung2 kalinya diadakan kembali amali sembelihan yang dianjrkan oleh panitia syariah islamiah....my ustazah is the best,USTAZAH ROSLINA BINTI NGAH.....syukran ustazah....
Ayuh berbalik kepada tajuk yg asal.....sambutan maulidurrasul.....ingin dikongsikan kepada pembaca semua.....


smsa zaman sahabat2 dahulu.....ada ditanya 'adakah kamu menyambut hari kelahiran baginda NABI SAW?'.....mereka menjawab 'kami x menyambutnya kerana nabi sentiasa hidup dihati kami.'.....


itulah sebenar-bnrnya patut umat islam tanamkan dlm diri masing2....

sekarang ISLAM sudah kembali asing bagi umat islam sendiri....

sambutan pada setiap tahun (12 rabiulawal) adalah bertujuan utk menghidupkan kembali semua itu....
jgn jadikan sambutan trsebut sbg adat....tp jdkn ia sbg ibadat....
x salah kita menyertai perarakan sempena maulidurrasul dgn niat yg ikhlas....
jgn kita memandang serong kpd org2 yg mnyertai perarakan tersebut dgn membuat andaian yg buruk kpdnya...kerana itu adalah urusan dia & ALLAH.....


*1 KALI SELAWAT KE ATAs Rasulullah, 10 kali Allah selawat kat kita. :)




WALLAHU'ALAM


Wednesday, December 26, 2012

Faqir disebabkan ZIKIR

بسم الله الرحمن الرحيم

SINAR HARIAN  bertarikh 7 DISEMBER 2012
menceritakan tentang kebenaran 
sebuah kitab kecil yg dinamakan
'MAJMUK SYARIF KAMIL'.

ISLAM dibina di atas manhaj ilmu yg jelas iaitu
AL-QURAN & AS-SUNNAH,justeru selain dpd kedua-dua sumber ini 
tidak boleh dijadikan hujah dalam syariat.
Umum mengetahui bahawa doa & zikir yg terbaik ialah
yg diajarkan oleh junjungan mulia NABI MUHAMMAD SAW...
Walaubagaimanapun,di dlm kitab kecil ini terdapat 
sebahagian doa,wirid & zikir yg xsahih dpd Nabi bahkan 
direka cipta sebahagiaannya oleh guru2 kesufian sehingga x dapat diketahui 
dr manakah dtgnya zikir2 tersebut...
keadaan ini akan menyebabkan jauhnya masyarakat dpd 
pengamalan sunnah & hbgnnya dgn Nabi sehingga terkadang 
membawa kesesatan & kesyirikan,
zikiir yg disangka pahala tetapi sudahnya faqir disebabnkn zikir2nya..
( copy paste from akhbar sinar harian 7 disember 2012)

utk maklumat lanjut tentang majmuk ini,sila rujuk
disana terdapat penerangan tentang kitab ini.....
isi kandungannya & sbgainya...

penulis juga memohon agar penulisan ini
dijauhkan dpd perkara yg xsepatutnya...
penulis semakin bimbang jika
kitab ini digunakan secara berleluasa dlm
kalangan masyarakat,
ia akan merosakkan aqidah penggunanya....
smsa pnulis berziarah ke kedai POPULAR
di MESRA MALL,KERTEH,
dipintu masuk kedai tersebut,
terdapat perbagai saiz kitab ini....
bimbang jika perkara ini terus berleluasa dlm kalangan masyarakat...
bagi yg mengetahui tentang kitab ini,
hebahkan2 kpd mereka yg lain
utk 'saham akhirat.'
ini juga merupakan salah satu ideologi2 yg menusuk umat 
ISLAM secara halus tnpa disedari...
pada awl penulis mengenali kitab ini,
terdetik dihati,
bagus kitab ini kerana ia kecil & mudah dibawa....
mungkin begitulah pendapat masyarakat2 di luar sana....

p/s : utk keberkatan hidup didunia & akhirat,
sblm membeli atau menjadikan sesuatu sbg bahan rujukan,
pastikan dahulu kesahihannya berlandaskan AL-QURAN & AS-SUNNAH...
moga penulisan ini mendapat redaNYA...


antara2 bentuk2 majmuk syarif...pelbagai variasi...







kebanyakan kitab2 ini tidak terdapat nama penulis..



والله اعلم

KAYAP

بسم الله الرحمن الرحيم


janji allah

hari ini inginku kongsikan tentang penyakit KAYAP....
ada sebab ingin dikongsikan bersama anda semua...
'mencegah lebih baik dpd merawat.'

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Jenis-jenis kayap.
Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Petua 1.

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukansehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.

Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8.

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Pantang larang ketika sakit ini.

Jangan makan makanan berminyak.
Buah tempatan tak boleh makan.
Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
Tak boleh kena sabun.
Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)


sabar harungi ujiannya...


p/s : kpd pembaca,gmbar penyakit ni blh klik pada cik 'goggle'...

Friday, December 21, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah summa alhamdulillah wa summa alhamdulillah....
tlh lame kujanjikan pd seseorg utk meng'post' tntg 'GSP'...
asif krna lmbt utk menunaikan janjimu....

alhamdulillah....
GSP geometer's sketchpad.....
ku kenali smsa ting 4 2011....
GSP mrpkan suatu perisian bhn bantu mengajar 
utk MATEMATIK & ADD MATHS......
ku mula mengenalinya apbla ad satu pertandingan
yg ku sertai....tnpa sebarang ilmu tentangnya,
aku & 2 shbt meng'explore' perisian ini...

smsa 2011,
ku sertainya dgn membawa tjuk CIRCLES 3.
mrpakan tjuk subj MATEMATIK ting 4...
2012,
ku sertainya dgn tajuk BEARING GO!!!!
mrpkan tjuk subj MATEMATIK ting 5.....

apa yg menariknya disini,
walaupun kita xtahu tentang sesuatu ilmu itu,
kita kena usaha......
kerana menuntut ilmu fardhu ke atas setiap muslim....

satu perkara yg ana titip dpd seorg shbt,
katanya ; 
jgn jadikan sesuatu pertandingan 
sbg alasan seseorang itu jauh dpd ALLAH...
smsa ana menyertai GSP ini,
shbt ana memang betul mempraktikkan apa yg dikatanya....
spnjg proses menyiapkan perisian tersebut,
sahabat ana & ana sentiasa menjaga hbgn dgn ALLAH...

ex : solat berjemaah bersama di kediaman tmpt kami menginap
smsa GSP,
pd hari pertandingan,beliau mengajak ana utk solat sunat dhuha,
tp x berkesempatan.....
smsa majlis penyampaian hadiah,apbla tiba kami di 
HOTEL TANJUNG VISTA,sahabat ana bertanya dimanakah surau????
ana pun terfikir 'msti dia nk dhuha'.....
ana fikir,kalau dia nk dhuha xkan aku xnk dhuha...
xke rugi????
ana pun ikut dia sama utk solat dhuha....
(kdg2 sesuatu 2 kita kena buat dulu insyaallah ikhlas itu dtg)
betullah pepatah mengatakan,nk tgk sseorg itu,tgk dgn sape dia bersahabat....
jika baik sahabatnya maka baiklah dia.....

byk ilmu yg ana kutip dpd shbt......
syukran yer....

dan kita mesti ingat,
bila kita sertai sesuatu pertandingan,
kita mesti buat yg terbaik,
utk buktikan keagungan ISLAM.....
MENANG KALAH adat pertandingan....
yg penting kita bawa ketinggian ISLAM utk masyarakat....



hasil 2 thn berturut....yg ini xpenting,imej ISLAM lg penting....
utk naikkan imej ISLAM kne lah berusaha....


bintang ad 5 bucu melambangkan 5 RUKUN ISLAM....


3 piala,3 mujahidah


this is 'walid'....very positive sir.....alwayz cool...


والله اعلم






























Thursday, August 16, 2012

JUMAAT TERAKHIR

بسم الله الرحمن الرحيم


ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH....ALA KULLI NIKMAT'IH....

Salam Jumaat yg terakhir dlm bulan Ramadhan 1433 H....
kpd muslimin2 moga kalian dapat menunaikan solat sunat jumaat berjemaah di masjid..
ikhlaskan hati,insyaallah ganjaranNYA pasti menyusuli antum..


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



utk kaum hawa,checklistkan pakaian yg akan anda pakai????

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Di kesempatan ini juga,ana ingin mengucapkan

'SELAMAT HARI RAYA'

'MINNAL AIDIL WAL FA'IZIN'

'MAAF ZAHIR & BATIN'


 " كل عام وانت بخير "

' Taqobballah minna waminkum '




p/s : ber + kaum kerabat ana....beraya bersama AHMAD FAWWAZ & AHMAD FAHMI...




والله اعلم


Thursday, August 09, 2012

al-fatihah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada hari yang mulia iaitu hari NUZUL AL-QURAN     
17 RAMADHAN 1433 H bersamaan 6 OGOS 2012,
salah seorang junior ana,NUR FIKRIYAH BT MAT LAWI dr kelas 4MB1 
telah pun kembali ke rahmatullah.....
pada umur yang muda,ALLAH telah menjemputnya pada hari yg sgt mulia dlm bulan ramadhan......ALLAH lebih menyayanginya......
semoga ALLAH tempatkannya bersama dgn para soleh solehin....
AMEEN.....

Semoga kita semua dpt mengambil pengajaran drp setiap kematian...
INGATLAH BAHAWA KEMATIAN ITU SUATU YG PASTI.....
IA X MENGENAL ERTI 

TUA/MUDA......
^
SIHAT/SAKIT......
^
KAYA/MISKIN...
^
SENANG /SUSAH...
^
LAPANG/SEMPIT.....

hargailah setiap nikmat yg kita perolehi...............
jgnlah kita mengira nikmat yg kita xdpt...
kerana masih ramai diluar sana yg bernasib lebih malang dari kita.......



arwah yg paling hadapan sekali........


semoga rohmu dicucuri rahmatNYA....

_______________________________________________________________________


Pada hari ahad 6 ogos 2012,salah seorang jiran ana( PAK CIK KHALID)
 juga telah kembali ke rahmatullah....
semoga rohnya juga dicucuri rahmatNYA....
AMEEN...





والله اعلم

Friday, December 23, 2011

Kebaikan Air Mata Yg Menangis


بسم الله الرحمن الرحيم


1.  Membantu penglihatan

Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood


Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun


Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.



5. Mengurangkan tekanan

Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial


Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan


Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.

 


Lepas ni kalau nak menangis jangan segan-segan lagi. Tetapi menangis kerana Allah jangan dilupa juga ya wahai kawan-kawan sekalian.




والله اعلم

Monday, December 12, 2011

Petua Menghindarkan Santau Angin

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamuaikum...
Santau...menjadi kebiasaan masyarakat
kita spt bahan mainan...
Apabila ada sahaja yg x berkenan
terus ber'SANTAU'....
Baru2 ini disekeliling ana juga turut berlaku 
satu peristiwa yg melibatkan perkara yg 
x diingini ini....
Ceritanya seperti ini :

Seorg peniaga di sebuah gerai berdktn
dgn pantai....
kebelakangan ini hujan sering melanda kawasan tersebut..
Suatu malam,khemah di hadapan kedainya itu terangkat...
sdgkan disebelah kiri & kanan kedai itu terdapat juga 
khemah yg lain namun hanya khemah peniaga itu yg
terangkat...
Apabila disiasat,peniaga tersebut
memanggil beberapa org uztaz utk melihat
kawasan tersebut & ustaz itu berkata bahawa 
kawasan itu sgt keras...
ada org yg x brpuas hati dgnnya...
org itu hanya mahu kedainya yg menjadi
tarikan org ramai.....
Cerita ini sampai disini sahaja....

Itulah masyarakat kita hari ini yg semakin
jauh dr ALLAH....
Jadi kita mestilah berdoa mga2 kita
dijauhkan drp perkara yg x elok ini...
AMIN....



Semasa melawat blog2 yg diingini,
ana terjumpa beberapa petua bg mengenali 
air minuman yg dicemari bisa santau :

1-Perhatikan permukaan air minuman,jika tiada pantulan bayangan anda serta kelihatan pucat & kesam,anda perlu
berhati-hati,besar kemungkinan ia mengandungi bisa santau.

2-Angkat sedikit gelas tersebut & letakkan jari anda pada 
bawah gelas bagi merasakan suhu air minuman anda pada
bahagian bawah.Apabila santau dimasukkan kedalam air 
panas atau suam,suhu air tersebut menjadi sejuk pada 
bahagian dasarnya.

3-Jika anda merasakan suhu air ini berbeza,letakkan ia kembali 
& langkah seterusnya,gisikkan rambut anda dgn jari telunjuk &
ibu jari,jika anda x mendengar bunyi gisikan tersebut adalah
lebih baik anda angkat kaki tanpa menjamah makanan yg dihidangkan....

Semoga kita lebih berhati-hati buat waktu yg lain
ketika makan / minum di kedai2 diluar sana terutamanya
dibandar2....
krn apabila bisa tersebut masuk dalam badan kita
ia boleh merosakkan organ dalaman kita...
walaupun hanya dihidapi hanya sekejap
namun kesannya akan berpanjangan...

Tetapi yakinlah setiap penyakit pasti ada penawarnya
sama ada dalam masa yg singkat 
ataupun lambat....

والله اعلم

Saturday, November 26, 2011

aHl@N wAs@hL@N

Assalamualaikum & SALAM MAAL HIJRAH 1433H...
Lebih kurang 1 jam lebih lagi tiba thn baru bg kta umat islam...
AHLAN WASAHLAN 1433H...
Bermulanya thn baru bg kita 
dgn perubahan ke arah yg lebih baik
demi menjadi ABDILLAH yg taat pdNya...
semoga kita akn berhijrah dr sft MAZMUMAH
kps sft MAHMUDAH.....
mmg susah utk kita membuat sesuatu kebaikan
namun,
kta mesti mencuba & melawan 
godaan syaitan...

Apabila difikirkan kembali,
ana berasa tkut & gerun,
ke manakah telah kita gunakan sgla nikmat
yg telah ALLAH kurniakan kpd kita semua....
yg paling besar skali NIKMAT IMAN & ISLAM...
skrg ni,ramai org yg hanya ISLAM DI I/C shja
namun perbuatannya x melambangkan seorg MUSLIM...
Semoga thn baru ini
akn memberikan kita semua 
rahmat & hidayahNya....
Jika kita mengira nikmat ALLAH,
mmg xkan habis....
kemanakah telah kita gunakan 
sgla nikmat pancaindera yg telah ALLAH pinjamkan kpd kita!!!!
ADKH KE JALAN YG BENAR???
ATAU SEBALIKNYA???
sme2lah kita bertanyakan IMAN kita....

hayatilah firman ALLAH : 

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)
 

Buat semua teman2 & umat islam yg lain,sme2lah kita korbankan sdkt mase utk membaca DOA AKHIR TAHUN,DOA AWAL TAHUN SERTA SURAH YASSIN PADA MALAM INI BG MEMOHON KEBERKATAN DRPNYA....
dan sme2lah kita ber ISTIQAMAH dlm melakukan seseu2 perbuatan yg baik...



Doa Akhir Tahun



        

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Doa Awal Tahun



       

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami.


SALAM MAAL HIJRAH 1433 KPD SEMUA.


P/S : kpd sahabat ana,ana mohon anda semua menegur ana dkala ana melakukan perbuatan yg x sptutnya....
         sesungguhnya ana memerlukan teguran & nasihat drp anda semua bg m'ISLAHkan diri ana ini 
         yg sntiasa lalai dek hasutan syaitan....

+ MAHMUDAH - MAZMUMAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...