كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Friday, May 10, 2013

lesen


ALLAHUROBBI….RABBUL ALAMIN….



Ihdinassiratol mustaqim … * tunjukkanlah kami jalan yang lurus *….



Erm…JALAN YANG LURUS!!macam mane tu???dekat dunia ini pun tiada jalan yang lurus….jalan penuh bengkang bengkok…..ada bonggol lagi…nak2 kalau di dungun ni…especially di ALOR TEMBESU dan NIBONG…..hehe….



Ok2….pg tadi..ketika melalui satu jalan…ada sebuah kereta dari arah yang bertentangn….disimpang 4,,pada mulanya,,,,pembonceng ingat kereta itu nak jalan straight je..tggu la pembonceng ini disimpang jalan itu..…tiba2,,kereta itu pusing KIRI…erm…adoi pemandu ni….lesen sudah ada…tp x amalkan..…,,,pemandu kereta itu xbg SIGNAL utk ke KIRI…..jd,,pembonceng ni sabar je lah….



***************



Cuba kita fikir,,,utk apa kita dapatkan lesen motosikal / kereta / bas / treler and so on???


Utk elakkan SAMAM pak encik POLIS ker??

Utk KESELAMATAN kita ker??

Utk disimpan didalam handbeg / purse ker???



Ini kisah/cerita tntg DUNIA…


Utk keselamatan jalan raya = perlu LESEN



Utk keselamatan AKHIRAT = perlu ????



Tapi,,,jika kita melihat dgn mata kepala kita sndiri..bagaimana hakikatnya manusia2 skrg memandu/membonceng???
adakah mereka mengamalkan apa yang dipelajari ketika KURSUS KPP???


Jwpnya….ada yang amal ada yang x amal…..



Itu kisah tntg lesen memandu shja…..cuba fikir bagaimana kita nk dapat LESEN SYURGA???

= BERIBADAT PADANYA utk mendapatkan rahmatNYA....
kerana kita x akan masuk syurga dgn amalan2 kita tetapi kita masuk syurga dgn rahmatNYA....utk dptkan rahmat ALLAH kita perlu up kan ibadat kita!!


Jika lesen memandu kita x dapat nak patuh..xdpt nk amal….apatah lagi jika kita inginkan LESEN UTK AKHIRAT YANG MANA KITA KEKAL DI DALAMNYA…



salam tautan kasih untuk semua...

ana rindu kalian semua....


wassalam...


Wednesday, April 10, 2013

ini kalilah!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :)



Alhamdulillah wa syukrulillah...huh....makin hari makin banyak ujian makin penuh onak duri..kerana hidup ni xkan senang senantiasa..akan ada waktu kita diujiNYA...kalaulah hidup ni senang sahaja,,mesti kita lalai @ lagho...sbb tu lah ada je ujian...pro n contra alwaz ada in all what we do......hehe..



ok2...now,,,nak story the truth about someone....bru2 ni,,hamba ALLAH ni pergilah ke sebuah kedai runcit berdekatan dgn teratak kasih..kemudian,,ternampak seorg akak yang keluar dari sebuah kerete....huh...terkejut bukan main diri ni....knapa???knapa???shabat lama ana ker???org yg ana knal ker??? J jwnpnya,,,,akak tu !!!!...ana terkejut sgt sbb akak tu org kampung ana...tggl dkat je kat rumah ana....adoi...dah,,kenapa engkau terkejut wahai diri?????



Wahai pembaca post ini,,ana terkejut kerana akak itu tak pakai tudung mse tu...ana selalu tgk akak tu dkat gerai di jual pg2,,dia pakai tudung..jadi,,tu lah yg menyebabkan diri ini terkejut....this is 1 story!!!


************


Second story.....



Ptg tadi,,ana keluar pergi Bandar kejap...bandar ap???bandar KL ker????x ah...bandar DUNGUN jer....tp huh..macam2 ragam manusia ada...otw balik,,ana berselisih muka dgn seorg perempuan ni...ana panggil dia akak juga lah..ana tengok akak tu,,ada fikir panjang....terdetik dihati,,,,kat mana aku jumpa akak ni yer???fikir punye fikir,then ingatlah,,,ku temui akak ini disebuah kedai runcit...dia bekerja di situ....aish..apa kaitannya dgn engkau...huh....sekali lg ana terkejut plak...kerana perkara yg sama....


Akak tu xpakai tudung jgak...mse ana gi kedai,,akak tu pakai tudung....YA ALLAH.....takutnye diri ni.....


Kisah ini adalah utk diambil pgjrn & iktibar...


***************


YA ALLAH,,,
Salah siapakah itu??
Salah si ibu bapa???
Salah diri sendiri???
Salah masyarakat???
Salah aku???
Salah siapa YA ALLAH...



YA ALLAH,,,,
Wahai diri,,,
Adakah engkau hanya mendiamkan perkara ini??
Adakah engkau sekadar mengubahnya dgn hati???
Adakah engkau hanya meng’update’ post ni??
Adakah engkau merasa cukup dgn apa yg telah engkau lakukan selama ni??
Sedangkan org sekelilingmu masih dihuni dosa....
Adakah engkau berasa bangga kerana engkau seorg yang baik????
Adakah engkau hanya ingin baik seorg???



ALLAHURABBI....
Tabahlah wahai hati.....
Cubalah yang terbaik...
MAN QALA LAILAHAILLALLAH WAHUWA DAI’E!!!

Dup...tembakan terkena ke arahku...


مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

'Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran 
hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. 
jika tidak mampu, 
hendaklah mencegahnya dengan lisan, 
jika tidak mampu juga, 
hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya.
 Itulah selemah-lemah iman.'



INI KALILAH KITA BUAT PERUBAHAN!!!


WALLAHUALAM :)

Sunday, March 17, 2013

mus'ab bin umair


بسم الله الرحمن الرحيم




540325_499251313448478_62025182_n

Mus’ab bin Umair adalah salah seorang sahabat yang memeluk Islam pada masa awal keislaman. Beliau lahir dan dibesarkan dalam kemewahan dan kesenangan. Pada waktu remaja beliau menjadi buah mulut gadis-gadis Mekah kerana wajahnya yang tampan ditambah pula dengan kekayaannya, otak yang cerdas serta akhlaknya yang terpuji.

Suatu hari beliau mendengar berita mengenai Muhammad (SAW) dan apa yang diajarkan baginda. Iapun tertarik dan memutuskan untuk pergi ke rumah Arqam, suatu tempat dimana kaum muslimin berkumpul dan belajar. Disana beliau mendengar ayat-ayat Al-Quran yang begitu mempesona. Hatinya menjadi tenang dan damai mendengar untaian ayat-ayat tersebut. Maka Mus’ab pun memutuskan untuk memeluk ajaran baru ini. Namun ibunya adalah seorang yang tegas, pendiriannya tidak dapat diganggu-gugat. Oleh sebab itu Mus’ab memutuskan untuk menyembunyikan keislamannya buat sementara waktu. Namun tak lama kemudian ibunya mengetahui hal tersebut. Ibunya berusaha memujuk agar Mus’ab mahu kembali memeluk ajaran nenek moyang mereka namun Mus’ab menolak sehingga akhirnya ibunya putus asa dan menghentikan pemberian wang serta mengurung Mus’ab di bilik tidurnya dan melarangnya keluar rumah.

Tidak lama kemudian Mus’ab mendengar berita bahawa kaum Muslimin hendak berhijrah ke Habsyah (Ethiopia). Mus’ab memutuskan untuk melarikan diri dan ikut serta bersama kaum Muslimin untuk sama-sama hijrah ke Habsyah Beberapa waktu kemudian kerana terdengar desas-desus bahawa kaum Quraisy telah mengurangi tekanan terhadap kaum muslimin, mereka memutuskan untuk kembali ke Mekah, begitu juga dengan Mus’ab. Mereka segera menemui Rasulullah dan para sahabat.

Apabila melihat Mush’ab, Rasulullah menitiskan airmata, penampilan Mus’ab sungguh berbeza, ia berpakaian usang dengan tampalan disana-sini. Rasulullah menatapnya dengan penuh kasih sayang dan bersabda: “ Dahulu aku lihat Mus’ab ini tak ada masalah dalam memperoleh kesenangan dari orang tuanya, kemudian ditinggalkannya semua itu demi cintanya kepada Allah dan RasulNya”.

Setelah peristiwa baiah Aqabah yang pertama pada tahun ke 11 kenabian, Mus’ab ditugaskan oleh Rasulullah (SAW) sebagai duta kaum muslimin ke Madinah untuk mengajarkan Al-Quran dan pelbagai pengetahuan lain mengenai Islam kepada penduduk disana. Berkat kecerdasan, kesabaran dan kebesaran jiwanya ia berjaya mengajak sebahagian besar masyarakat kota itu untuk memeluk Islam. Itulah sebabnya ia dikenali dengan panggilan Muqri’ul Madinah. Dan sejak itu pula setiap orang yang mengajarkan Al-Quran disebut “Mus’ab”. Kemudian pada musim haji tahun berikutnya Mus’ab berjaya mengajak lebih dari 70 kaum Muslimin ke Mekah dimana kemudian terjadi perjanjian Aqabah 2. Sejak saat itu Mus’ab tidak pernah terkecuali dari menyertai Rasulullah berperang.

Dalam perang Uhud Mus’ab diberi kepercayaan oleh Rasulullah (SAW) sebagai pembawa bendera pasukan. Peperangan berlangsung dengan sengit. Pada mulanya pasukan kaum muslimin menguasai keadaan namun ketika pasukan pemanah yang ditugaskan untuk bertahan diatas bukit melanggar perintah kerana melihat begitu banyaknya harta rampasan perang yang ditinggalkan di hadapan mereka, keadaan menjadi berubah sebaliknya. Tanpa diduga pasukan kafir yang dipimpin Khalid bin Walid yang waktu itu belum memeluk Islam membuat serangan mengejut dari sebalik bukit sehingga pasukan kaum muslimin menjadi kucar-kacir. Mus’ab sungguh terkejut. Ia sangat bimbang akan keselamatan Rasulullah (SAW). Jika Rasulullah (SAW) terbunuh di perang tersebut bagaimana nasib ajaran Islam yang baru saja berkembang itu ?

Lalu iapun segera menjerit “ Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul yang sebelumnya telah didahului oleh beberapa Rasul ” sambil mengibarkan bendera dengan tinggi dan bertakbir lalu menyerang musuh dengan gagah berani. Namun kemudian pihak musuh berjaya menetak tangannya hingga putus. Mus’ab segera memindahkan bendera ke tangan kirinya namun kali inipun ia tidak berjaya mengelak serangan lawan sehingga tangan kirinya juga ditetak pedang musuh. Mus’ab segera membongkok kearah bendera lalu dengan kedua pangkal lengannya diangkatkan ke dada sambil terus bertakbir. Namun kali ini lawan menyerangnya dengan menusukkan tombak ke dada Mus’ab. Mus’ab pun gugur sebagai seorang syuhada’ yang gagah berani. Ironiknya, wajah Mus’ab yang memang mirip Rasulullah (SAW) itu justeru menjadi penyebab berita bahawa sememangnya Rasulullah telah terbunuh! Hingga membuat pasukan kaum muslimin semakin kacau dan panik.
Diakhir peperangan, Rasulullah berserta para sahabat meninjau medan perang dan mendapati jasad Mus’ab. Tak ada sehelaipun kain untuk menutupinya selain sehelai burdah yang andai diletakkan di atas kepalanya terbukalah kedua kakinya. Sebaliknya bila ditutup kakinya maka terbukalah kepalanya. Maka Rasulullah bersabda : ” Tutupkanlah ke bahagian kepalanya , kakinya tutuplah dengan rumput idzkir!”.

Itulah akhir perjuangan Mus’ab bin Umair dalam menegakkan agama yang tidak gentar menghadapi musuh-musuh Allah, iaitu orang-orang yang enggan mengakui bahawa “Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah”( Laa ilaaha illaLLAH wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah).

“Katakanlah: “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”.(QS. Ali Imran(3):32).

Itulah kalimah tauhid, kalimah yang mampu menghantar manusia menuju redha sang pencipta, kerana memang Dialah yang menciptakan manusia, langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya. Dialah Zat satu-satunya yang memegang jiwa dan hidup seseorang.
Inilah kalimah syahadah yang merupakan pintu gerbang keislaman seseorang. Sebuah pengakuan yang akan mencerminkan kebebasan dan kemerdekaan dari penyembahan, kepatuhan dan ketundukan kepada selain Allah SWT.


“Katakanlah (hai orang-orang mukmin): “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”.(QS.Al-Baqarah(2):136).

Syahadah adalah inti ajaran Islam yang mengajarkan keadilan dan persamaan hak. Manusia disisi Allah adalah sama hanya ketakwaan yang membezakannya .

“ Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya`qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”.(QS.Al-Baqarah(2):132).

Seorang muslim minimum 5 kali dalam sehari dalam solatnya mengikrarkan sebuah janji melalui doa Iftitah, yang semestinya diikuti dengan pelaksanaan janji tersebut bahawa hidup dan matiku hanyalah untukMu, Yaa Allah.

“ Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS.Al-An’aam(6):161-163).


p/s :
~  itulah semangat2 jihad pejuang2 ISLAM dahulu...moga kita juga dapat mengambil ibrah dpd kisah MUS'AB yang sanggup meninggalkan kekayaan demi ISLAM..renung2kan dan selamat beramal :)

~ suruhan ibu bapa @ suruhan ALLAH...mane yang AULA(diutamakan)....



والله اعلم

Friday, March 01, 2013

jom!!!!!!



jom kita memulakan setiap perbuatan yang kita lakukan dengan bacaan basmalah
'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM'....

memang perkara ini mudah,,,namun ia sering dipandang remeh oleh masayarakat sekarang...

ingatlah bahawa setiap amal kita dikira berdasarkan niat kita....dgn bacaan basmalah ini,,
perbuatan kita itu akan dikira sbg ibadat,,,jika tidak,,ia dikira sbg adat..

(innamal 'amalu binniat..wa innama likummri'immawa = 
setiap perbuatan dikira ats niat...mereka peroleh berdasarkan apa yang diniatkan)..

biarlah sedikit,,asalkan dapat pahala.....



Wednesday, February 27, 2013

sunnah nabi

bismillahirrahmanirrahim




Sunnah Yang Ditinggalkan!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#


wallahu'alam

Wednesday, February 20, 2013

maratib amal

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah....
marcapada.....pelbagai wasilah telah diwujudkan utk pelbagai
kebaikan....adapun yg ke arah keburukan...
atas diri masing2 utk memilih yg mana...

disini,,,
penulis ingin berkongsi tentang 
'MARATIB AMAL'
yg dipetik dr blog EN MUSAB


utk lebih lanjut tentang maratib amal,
dijemput ke blog en. musab....






والله اعلم

Tuesday, February 19, 2013

kronologi dakwah

Bismillahirrahmanirrahim


ayuh kita tonton video ini...
utk mengetahui perjalanan dakwah...
ianya panjang...jauh..memenatkan..dihalangi dgn pelbagai ujian..
namun....
kita x berseorangan......kita punya sahabat sefikrah...
sahabat yg akn menegur kita bila tersalah laku....
berjalanlah seiring dgn sahabat2....
secara berjemaah...

buang yg keruh
ambil yg jernih...

buang jahiliyyah
ambil ISLAM totally...




tinggallkan beban jahiliyyah!!!!!!!
jika tersungkur.....
sahabat ,,,,
pimpinlah daku bersamamu...
jgn tinggalkan aku dalam kejahilan...




Wallahu'alam


Monday, February 18, 2013

SEBIJI SAWI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH 
LAGI MAHA PENGASIH





(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (SURAH LUQMAN AYAT 16)



apakah ibrah yang diperoleh dpd ayat tersebut....

pertama,,,,,
setiap perkara yang kita buat akan dihisab dan ditimbang
oleh pencipta kita RABBUL ALAMIN.....
xkira sama ada perkara itu baik atau buruk....
kecil atau besar....

fenomena masyarakat sekarang,,,
kebanyakannya memandang enteng terhadap 
sesuatu perbuatan yg dianggap kecil dimata manusia....
tetapi,,,tidakkah kita terfikir,,,
mungkin dgn amal yang kecil itu,,,,
di akhirat nanti,,jika kita x dapat masuk ke syurga kerana kurangnya
amal di dunia..
dgn amal2 yg kecil itulah inshaallah akan menyelamatkan kita dpd masuk ke neraka...

selepas ini,,,
jika ternampak halangan2 di tengah2 jalan,,,,,
sampah di tempat yg kita lalui
& apa shaja amal yg baik...
ayuh ringankan anggota badan kita utk mengalih @ membuangnya...

^
^
^
^


ibrah yang kedua...
ALLAH itu sangat kasih kepada hambaNYA.....
kenapa?????????????kenapa????
xlain dan x bukan....
jika hambaNYA baru berniat utk melakukan kebaikan,,,,
malaikatNYA telah mencatat pahala buat hamba tersebut...
dan 
apabila hamba itu melakukan kebaikan tersebut,,,
akan dicatat pula pahala amal tersebut....

tetapi.....

jika hambaNYA berniat utk membuat kemungkaran,,,,,
malaikatNYA x mencatat lagi dosa...
jika hamba tersebut melakukan kemungkaran tersebut....
barulah tercatat dosa hamba itu...


itulah PENCIPTA KITA yang sangat kasih dan sayang
terhadap hambaNYA...
jadi.....
tidakkah kita berasa malu utk melakukan kemungkaran
sedangkan ALLAH telah mengurniakan pelbagai nikmat 
buat kita.......




WALLAHU'ALAM

Friday, January 25, 2013

ad apa dgn USRAH

بسم الله الرحمن الرحيم


usrah.....
bulatan gembira....
halaqah mahabbah....

adalah perkara yg sama...
yang merupakan salah satu cara 
utk mendapat tarbiyyah....
ayuh kita selongkar apa lagi yg ada pada
USRAH... 

selamat menonton...
moga mndpt redaNYA..







والله اعلم

Monday, January 21, 2013

isi masa lapang

assalam....


waktu terluang diisi dgn mengikuti majlis2 ilmu....
berdekatan dgn bandar dungun ini,,,,
terdapat sebuah surau yg bernama 

SURAU ALOR TEMBESU.....

hanya satu jam utk menghadiri majlis ilmu ini....

 waktu : 9.00 - 10.00 PG
hari : setiap hari ahad,selasa,khamis
ustaz : ustaz safwan,ustaz khairul,ustaz wan hassan

utk ilmu yg dikutip hari ini....

kaum wanita kan suka membeli pinggan mangkuk,
tupperware,cosware & lain2....
ada yg mengumpulnya sampai penuh bbrpa buah almari...
psnn ustaz khairul,,,,
boleh nk beli byk2 tp kena guna semua itu
walaupun sekali...
jgn kita beli,,,,semata-mata utk diletakkan didlm almari....
di akhirat nanti kita akn disoalkan dgn semua perkara yg kita buat...
hatta sekecil2 zarah...
tntg pinggan mangkuk nie,
ramai dlm klgn ibu2 x perasan,
jd kpd pembaca2 blog ini,
sebarkn ilmu yg ada....

satu lagi perkongsian....

bila kita ke surau2/masjid,,,,
pasti ada tabung utk sedekah kan?????
kita pun keluarkan RM1 utk disedekahkan.....
kita rasa macam byk dah.....
tp pada situasi lain...
jika kita minta dgn mak atau ayah kita duit,,,,
mereka bg kita RM1...
apa kita jawab????
RM1 je mak/ayah...
mane cukup nak beli itu ini....
haha nampak x apa yg nk disampaikan????

ini memang fitrah...bile kita nk sedekahkan ke jalan yg baik...
pasti kita rase ianya rugi....
tp,,,,,bila kita nk beli brg ap2 shja,,,
kita x fikir dah ianya rugi atau x,....
kita akn terus beli tanpa fikir panjang....
ayuh kita ubah perspsi kita......
sedekah mmg kita x nmpk blsnnya sekarang...
tp ianya pasti dibalas di akhirat kelak......

ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE.....


wallahualam..





titi

assalam....

kelmarin,,,,,
ad seorg shbt menghubungiku......

SAHABAT : enti,ana gagal buat lesen motor...

ANA : owh...susah ker....???

SAHABAT : x ah...ana gagal mse lalu TITI.....

ANA : titi tu tebal atau nipis?

SAHABAT : tebal ah jugak....jpj kata ana bawa laju sgt mase kat titi..

ANA : owh....xpe2...

hah.....asalnya tiada ap2 yg difikirkan....
kemudian,ana bercerita kpd mak & kakak2ku tentang sahabat ini....dgn menyatakan yg si dia 
gagal membuat lesen motor mase lalu TITI....

then.....mak ana bagi tahu...
tu baru TITI JPJ.....
mcam mane TITIAN SIRAT pulak???
terkedu & x terkata diri ini....

hah...itu baru titi utk lesen motosikal....
tapi bagaimana kita semasa melalui TITIAN SIRATULMUSTAQIM....
adkh kita berjaya laluinya dgn pantas @ lambat.....
utk lalui titian itu dgn baik,
kita mesti menyediakn segala amal kita dgn baik....

ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE....

wallahulam...







waktu

assalam semua......

dalam kehidupan kita seharian, 
ALLAH krniakan secara adil 24 jam kpd setiap hambaNYA....
dlm waktu itu.....
apa kita buat.......
perkara yg DIA suruh....
atau
perkara yg DIA larang....
adakah perkara yg wajib kita lakukan telah dilaksanakn dgn khusyuk
atau main2 atau sia2 shja.....
adakah ianya cukup dgn perkara wajib shja....
tidakkah tergerak hati utk 
menambah amal dgn perkara2 yg sunat.....

bila hati ingin melakukan sesuatu amal yg baik....
akan ad 2 perkara ini di hati kita....
iaitu IMAN & NAFSU (SYAITAN)...
jika IMAN yg kita dengari,
maka selamatlah kita...
tp 
jika NAFSU yg diikuti,
maka binasalah kita....
syaitan akn sentiasa cuba membisik perkara yg buruk kpd kita...
mujahadah kita perlu ditingkatkan ketika itu....

ingatlah bahawa....
org yg beriman diantara kamu ialah yg paling bertaqwa....
taqwa itu diibaratkan spt 
satu tempat yg penuhi dgn duri2 & batu2....
bagaimana kita akan melalui tempat itu....
adkh dgn cara tergesa-gesa....
atau....
berhati hati.....
  
wallahualam...

Thursday, January 03, 2013

Sahabat....Perjuangan.....
apa kaitannya???
perjuangan!!!!
satu laluan yg sgt memerlukan ketahanan 'segalanya'
ketahanan fizikal,,,,akal,,,,sabar,,,,reda,,,,
dlm perjuangan,
mujahid akn sentiasa diuji...
diuji dgn ibu bapa....
ahli keluarga....isteri2...
saudara mara....tmpt tinggl...perniagaan yg diusahakan...
itu semua ad dlm kitab al-aziz....
jika mujahid itu x diuji...
bermakna,perjuangannya pasti ada salah dimana2....
dlm perjuangan,,,
mujahid x keseorangan....
mujahid bersama shbt2 yg seakidah...
mujahid berjuang seiring dgn shbt2....
bile ad yg sakit,ad yg akan merawat....
bile ad yg mempunyai masalah,
munaqasyah akn diadakan...
bg membantu shbt2....
jd.....
mujahid2 kamu x bersendirian...
kamu mempunyai shbt2 yg dipilih ALLAH....
bila terleka,dia pengingat...
bila terluka,dia pengubat....
bila tergembira,dia penasihat....
bila tiba waktu bermunajat kpdNYA,
mujahid berjemaah melkknnya....
tiap2 detik hidup mujahid sentiasa mengingati ALLAH..
pergantungan mujahid pada ALLAH mestilah utuh
seutuh dpd tali wau yg diikat kpd tgn...
sekuat dpd batu bata yg diikat dgn simen...
kerana 
apbla tiba waktu....
hanya ALLAH tempat segalanNYA...
DIA yg akan menentukan segalanya....


Tuesday, January 01, 2013

dialog ahli keluarga

bismillahirrahmanirrahim...


Situasi : seorg anak membeli `PIZZA & KFC semasa hari jadi adik beradik...

dialog ini berlaku di rumah keluarga tersebut.

apabila si ayah melihat kotak pizza & kfc,si ayah berkata kpd ibu ;

ayah : apa beli ni,sokong yahudi semua!!!

si ayah hanya berkata begitu kerana tidak suka bercakap banyak..hanya bercakap pada2 tempat2 tertntu shja....

ibu : diam sahaja....

slps itu....si ibu ni berkata kpd si anak2 apa yg dikatakan oleh si ayah...
langsung si anak berkata ;

anak : la...ustaz oe,law gitu semua sokong yahudi ah...gne goggle,fb,blog,twitter & lain2....

ibu : eh,nescafe yahudi jgak kan??

anak : ye ah....

ibu : owh...xpe2..kekgi kita kabo ke ayah...

apakah yg akan anda buat jika berhadapan dgn situasi ini???

pendapat penulis,memang skrg banyak brg2 keluaran yahudi....cthnya nescafe,cik 'internet',kfc,pizza,nokia dan lain2.....jadi,apa2 yg kita boleh elakkan such as pizza & kfc,kita cuba elakkan....skrgkan dah ada pizza ISLAM.....kfc pulak dan ada yg ISLAM punyer,.....milo pun dah ada yg ISLAM punyer....ayuhlah beralih kpd produk ISLAM pula...
apa2 pun semunya ditangan anda,.....anda akan pilih apa yg berkenan....gnelah ilmu yg ada utk diterjemhkan kpd amali...jgn mengikut hati...kerana hati selalu ingin yg sedap2....


wallahualam,.,.

ap tujuan aku hidup

بسم الله الرحمن الرحيم




Apakah tujuan hidup kita di dunia?????
ada yg anggap bahawa tujuan hidup nie simple jer..
mereka kata,hidup sekadar hendak makan,perlindungan,pengangkutan,
berkelamin,kawan,kesihatan & penghargaan diri....



"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"



2 TUJUAN HIDUP DI DUNIA

  1. HAMBA
~ lakukan apa yg disuruh,tinggalkan apa yg dilarang (AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR)


Firman ALLAH ;


A056

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 





    2. KHALIFAH


~ memberi manfaat kpd ummah serta memakmurkan bumi ALLAH


Firman ALLAH yg bermaksud 
di dalam surah al-baqarah ayat 30 ;


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".



~ khalifah terbahagi kpd 2 :

  • KHALIFAH KHAS : pemimpin politik

ALLAH berfirman ;

A026


Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.



  • KHALIFAH AM : semua org ISLAM

ALLAH berfirman ;

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
( al-baqarah,30)


__________________________________________________________


MERIT TUJUAN HIDUP YG JELAS


# Ada hala tuju masa depan yg jelas
# Bezakan perkara kurang penting > penting > paling penting
# penjenamaan semula 'kejayaan' & 'kebahagiaan'
# memudahkan proses membuat keputusan
# menjdikan hidup lebih bermakna & berfaedah
# mendapat kekuatan dlm hidup
# mendapat keyakinan & keberanian dlm hidup






والله اعلم













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...