كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Wednesday, May 30, 2012

ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI


بسم الله الرحمن الرحيم

JOM SAMA2 KITA HAYATI KISAH YG MENGANDUNGI NASIHAT DIDALAMNYA......

Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai
Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi
Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi
Namun itulah yang terus dihargai dan diingati
Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi
ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI
Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai
Lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari dan diri seseorang
Ada pepatah pernah menyebut
Jadilah seperti pokok
Walau dilontar dengan tahi
Namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling
Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain
Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan
Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang
Sedarkah kita??
Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian..

Cubalah lontarkan :
"APAKAH SUMBANGAN TELAH AKU BERIKAN PADA ORANG YANG LAIN?"
"jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?"
ERTI HIDUP dengan memberi harus diteladani
Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
[Al-Israa' 17: 7] 
Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :
"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"
Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi
Sebelum kita semua melangkah pergi
Persiapkanlah segala bekalan untuk diri
Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
(Al-Kahfi :46) 
Sabda Rasulallah saw yang bermaksud :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad) 
Semoga ERTI HIDUP dengan MEMBERI ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati

Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti.
Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.

p/s : renung2kan & selamat beramal.....

والله اعلم

Tuesday, May 29, 2012

suNsH!N#

Matahari
penyuluh kehidupan seisi dunia
menyinari qalbun al-insan
di sebaliknya
terdapat bulan yg merosakkan chyanya 
dgn menutupinya pd waktu malam....


jdlah spt mthri yg memberi cahaya kpd dunia


Matahari
sering dicaci al-insan yg pelupa
lupa pada hakikat cahaya yg telah matahari berikan
kesabaran & keimanan yg utuh mnjadi paksi
bg matahari menghadapinya
dgn penuh luka & duka di hati...

Setia.....
itulah pegangan matahari fi hayat
yg bisa menguatkan dirinya
walaupun mndpt cacian,,,celaan....
dpd bulan,,,,,bintang,,,,,& alam semesta....

Pinta matahari
semoga hidayah dikurniakan oleh YG BERKUASA 
kpd bulan,,,,bintang,,,,& salam semesta...
matahari hanya akan malap
apabila tibanya waktu yg menggelapkan seluruh dunia
iaitu......

KIAMAT.....



^
^
^
^
^
^


SINAR HIDUPKU FIDDUNIA WAL AKHIRAT....



Monday, May 28, 2012

hangout

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah krna ana diberi kesempatan utk keluar bersama-sama teman2 seperjuangan...ana dan teman2 bersiar-siar di MM ( MESRA MALL )...antara yg join hangout ini ialah :

emoh
^
trah leo
^
anis pana
^
adk anis pana
^
thah
^
zati aziz
^
emma
^
murni
^
pepy
^
syer 10
^
ana sendiri....

len kali kita hangout 1 form ea.....0812 forever bonded....

ana bersyukur sgt cz dpt meluangkan masa dgn mereka semua.....kita org bertolak pada pukul 9.00 pagi dr DUNGUN......berhenti mengambil emma di KG NYIOR & murni di PAKA.....
sampai shja disana,,,,,,,panggung wayang menjadi tumpuan.....kita org beli tiket,,,,
yg len semua tengok cite owg puteh but me and murni tgk cite malay 

'HORRRREEEEEEEYYYYYYYYY.......HORRRRREEEEEEEEEEEEYYYY...'''

hehe....puas hati jer tengok cite tu.....cite musical.....semua lagu yg dinyanikan dpd 
ALLAHYARHAM SUDIRMAN......

cite tu ad bg pengajaran kpd yg menonton.....antaranya 

~ kita kena yakin pada diri sendiri dlm melakukan ap2 perkara...

~ teman sejati ialah seseorg yg sentiasa dihati.....dia pasti akan muncul disaat kita suka dan duka......

~ hormatilah ibu bapa kita selagimana mereka masih ada.....

~ pohonlah kemapunan dpd ibubapa sblm terlambat.....

& mcm2 lagi.....

kelmarinlah merupakan kali 1 ana menonton wayang.......
hhee.......syukran mom coz give me permission 2 join my fren.....

syukran teman2 krana membahagiakan hati ini.....

insyaallah kita akan hangout bersama lagi buat masa akan datang.... 
INSYAALLAH WA BIZNILLAH...



والله اعلم

Sunday, May 27, 2012

kejujuran terindah

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah......kerana masih lagi diberikan peluang utk menghirup oksigeennn dgn free shja....itulah salah satu tanda cintanya ALLAH kpd hambaNYA....namun nikmat itu sering dilupakan oleh makhluk bergelar manusia termasuklah diri ana sendiri...sama2 lah kita memuhasabah diri sendiri spt kata2 hikmah 'HISABLAH DIRI KAMU SEBELUM KAMU DIHISAB'...

Okaylah....berbalik kpd tajuk semula....Gen-Q kali ini mengutarakan tentang sifat JUJUR....jujur memang pahit pada awlnya tetapi hanya seketika,,,,,jujur akan membuatkan kita bahagia buat selama-lamanya.....ana mengucapkan syukur kehadrat ILLAHI kerana dgn jujurlah ana dpt mengetahui kslhn diri ana selama ini.....syukran kpd sahabat yg jujur terhadap ana...ana menerima segala teguranmu sahabat,.....kerana tanpa teguran & nasihat drmu diri ini pasti akan sentiasa merasakan diri selalu benar.....dgn teguranmu itulah diri ini dpt mengislahkan diri agar menjadi versi yg baharu.......satu permintaan dr sahabatmu ini,,,,jujurlah dgnku disaat diri ini tersalah langkah & membuat sesuatu yg x menyenangkan hatimu.....

Jujur
jalan selamat ke pintu syurga
jalan keluar dpd azab sengsara
jalan mati dpd syaitan menggoda
jalan penting utk terlepas dari neraka.....

Jujur itu perlu diusaha
biar rimbun segar dibaja
jujur itu amatlah mudah
hanya nafsu berkata susah....

Carilah teman berwatak jujur
hidup berkat lagi teratur....

Orang jujur dipayungi rahmat
di dlm diri bebas kesumat.....

Budaya jujur jadikan tradisi
akhlak yg baik sama diwarisi.....

jangan gadaikan harta syurgawi
hanya kerana tamakkan duniawi....

Janji ALLAH kita miliki
dengan doa dan peribadi suci.....

Dusta itu penghancur iman
bebaskan dari kamus kehidupan 
kerana kita org ISLAM
hidup dan mati
hanya utkMU YA ALLAH.......


semoga kita semua dptkan mengamalkan sifat jujur dlm segala perkara sama ada perbuatan,,,niat ,,,,,dan sbgnya....

jujurlah kpd ALLAH & RASUL-NYA.....
jujurlah kpd DIRI SENDIRI.....
jujurlah kpd org lain.....





pilihan di tangan anda......

JUJUR    @    DUSTA


والله اعلم




Thursday, May 24, 2012

mid year exam

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah wa syukrulillah.......
alhamdulillah dan sgala puji2an kpdNYA YANG MAHA ESA......
ana & rakan2 telah pun melalui mid year exam dgn baiknya.....
ana sudah berusaha sebaiknya & ana berserah segala-galanya kpdNYA....
apapapun result ana nanti,akan diterima seadanya........
jika bagus,baguslah tp jika sebaliknya ana juga akan reda.....
kerana pasti ada hikmah disebalik kptsn itu.....
mungkin usaha ana belum cukup......
dan ALLAH ingin menguji ana dgn memberikan kptsn yg kurang cemerlang 
krna DIA takut diri ini lalai dgn kejayaan yg diberikan....
apa-apapun ana harapkan yg terbaik untuk SPM pd thn ini
demi masa hadapan ana,kegembiraan mak & ayah serta keluarga....
ana akan cuba dapatkan yg terbaik dgn membuat persediaan yg paling maksimum....
moga ALLAH mempermudahkan segala urusan hambaNYA.....

ana ucapkan ribuan terima kasih kpd kawan2 yg sudi berkongsi ilmu dgn ana
sepanjang kita berkenalan..semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat.......
semoga kita semua succeessssssssssss......

syukran my asdiqa'........
without u all.......what's going on me???????


batch 0812 .......forever bond




والله اعلم

Friday, May 04, 2012

Pasrah Segalanya

           بسم الله الرحمن الرحيم

jom sama2 kita layankan masa kita mendengar lagu dibawah.....ia memberi kesan yg sgt mendalam bg mereka yg hayatinya.......biasalah dlm hidup,kita pasti diuji dgn pelbagai ujian & dugaan.....
kadang2 kita berasa lemah...kadang2 kita berasa kuat....apa2pun kita haruslah berpaksikan kpdNYA semula.....semoga kita semua kuat hadapi ujianNYA......

YA ALLAH,,,,,,
diri xkuat tanpamu.....
xterdaya olehku utk hadapinya......
kau kurniaakanlah kekuatan buat hambaMU ini dlm mengharungi pancaroba
kehidupan....
pelbagai jenis manusia yg ENGKAU ciptakan
dgn pelbagai karenah & pelbagai budaya......
semoga diri ini x lalai dpd MU 
YA RABBUL ALAMIN.....

kadang2 diri ini terluka,
namun diri ini cuba tabahkan hati & mengislahkan kmbli diri sndiri
krn semua itu mungkin dpd diri sendiri.....
mungkin diri ini telah tersalah silap krn telah menumpahkan kepercayaan kpd
org yg sepatutnya......namun nasi telah pun menjadi bubur...
semoga diri ini mampu bangkit demi diri sendiri.....

semoga insan tersebut terbuka hati agar bersyukur dgn apa yg ada 
disekeliling......
hargailah ketika ia berada dihadapan kita.....krn jika dia tiada nanti,
kita x akn bertemu dgnnya lagi......


                     

maaf andai keberadaan diri ini disisimu,
diri ini hanya menyusahkan dirimu.......akan kucuba utk x sentiasa bergantung kpdmu....



والله اعلم









   

LELAKI vs PEREMPUAN


بسم الله الرحمن الرحيم


DIMANA KECANTIKAN LELAKI....

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…







DAN DIMANA KEGAGAHAN WANITA...

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah…
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”





والله اعلم




lawatan

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum w.b.t.....
setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kehadrat ILLAHI krn dgn limpah dan kurniaNYA,
masih lagi diberikan pelbagai nikmat......especially nikmat ISLAM & IMAN.....
tnpa kedua-dua nikmat tersebut x bermaknalah ana hidup dibumiNYA ini....
krn xlah ALLAH ciptakan manusia dimuka bumi ini melainkan untuk beribadat kepadaNYA......

sebagai seorang thalibah(pljr perempuan) asrama,ana jarang pulang ke rumah krn
pelbagai aktiviti diadakan terutamanya utk kami thullab(pelajar2) ting 3 & ting 5...
hampir 3 minggu sudah ana x pulang ke rumah....
dan minggu lepas ana & satu rombongan PERSATUAN BA & PAI 
telah pun berjaya mengikuti lawatan ke KL & N9.....
setelah bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja & urusan2 yg berkaitan...
akhirnya biznillah 
pada 26 APRIL 2012 ana & rakan2 bertolak dari SMKAKA pada pukul 6 petang....
ke Masjid Besi Putrajaya.....

Keesokannya,rombongan kami bertolak ke USIM....
Di sana,kami mendapat sambutan yg sgt memberangsangkan....kami didedahkan dgn keadaan USIM,
aliran2 yg boleh diambil,syarat2 kemasukan & mcm2.....
kami juga diberikan peluang utk sesi soal jawab.....ana juga xketinggalan utk bertanyakan soalan
tntg profesion yg ingin ana kecapi suatu hari nanti.....
di USIM,mereka menggunakan bahasa Arab & bahasa Inggeris sbg bahasa perantaraan....
jadi,bagi mereka x berpeluang utk melanjutkan pelajaran ke luar negara,jgnlah bersedih krn kita masih ada lagi peluang utk ke USIM....disana kita juga dpt mmpelajari bahasa asing....
di sana juga wujud BI'AH SOLEHAH......
slps itu,kami semua dihidangkan dgn sedikit jamuan....
dan kami bersiar-siar di sekitar USIM.....
dpd penjelasan pihak USIM sedikit sebanyak telah menarik minat ana utk
melanjutkan pelajaran setelah tamat SPM pada thn ini....
namun ana juga menyimpan hasrat utk ke luar negara jika diizinkan ALLAH & result spm ana membolehkan ana utk ke sana.....apa2pun ana perlulah berusaha dgn bersungguh-sungguh utk mencapai hasrat tersebut....

pemandangan USIM

pada waktu malam,kami menjamu selera diri RESTORAN NELAYAN...
disana kami diberi makan percuma......atas budi baik hamba ALLAH....................
yg sudi m'sponsorkan utk kami....
syukran kasiran ala ustaz wa ustazah yg sudi mencari sponsor tersebut....
semoga ALLAH merahmati kehidupan hamba ALLAH tersebut.....




RESTORAN NELAYAN


Keesokannya,kami bertolak ke PWTC utk PESTA BUKU ANTARABANGSA...
sampai shja di sana,rambang mata dibuatnya krn byk sgt buku2 yg menarik perhatian....
kalau ikut nafsu nak beli semua......tp kenalah ikut akal fikiran yg waras....
ana bersyukur sgt krn ana diberikan peluang utk sampai ke pesta buku tersebut....telah lama ana memasang niat utk ke sana akhirnya thn ni tlh tercapai hasrat tersebut.....
betullah spt firman ALLAH yg bermaksud ;

BERDOALAH KPDKU NESCAYA AKU AKAN MENGABULKANNYA.....

ALLAH akn mengabulkan permintaan kita sama ada dgn segera ataupun lambat ataupun di akhirat nanti.....
kita hanya perlu berusaha,,,,,,berdoa,,,,,bertawakkal....
ingatlah bahawa ALLAH bagi APA YG KITA PERLU .....bukan APA YANG KITA KEHENDAKI....




Jam 2.00 petang,kami bersiap utk bertolak pulang ke SMKAKA.....
Alhamdulillah,kami tiba di sek lebih kurang pukul 11 malam....
Apapun ana bersyukur sgt2 kerana ALLAH RABBUL IZZATI tlh mempermudahkan segala urusan kami semua......
betullah spt lagu nasyid yg bertajuk REMAJA.....

BERSUSAH-SUSAHLAH DAHULU,
BERSENANG KEMUDIAN.......

sebelum mengecapi sesuatu nikmat dan kesenangan,pasti kita akan diuji dahulu dgn plbagai cabaran & dugaan......jika kita org yg beriman,,,,,,kita pasti kuat hadapinya krn semua itu adlh ujianNYA terhadap hambaNYA utk menguji IMAN hambaNYA.......
syukran YA ALLAH......

p/s : lawatan ini merupakan lawatan yg terbaik dpd 3 lawatan yg ana ikuti.....
it will alwaz be in my memory.....




والله اعلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...