كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
AL BAQARAH,2:216


Thursday, December 01, 2011

IKHLAS & RAHMATNYA

بسم الله الرحمن الريم

Keikhlasan mempunyai kebaikan serta rahmat.Mengikut Imam Bukhari &Muslim,nabi pernah menceritakan berkenaan 3 orang yg hidup pada zaman dahulu.Mereka tersesat jalan dan terpaksa berlindung di dalam sebuah gua.Malang menimpa mereka kerana gua itu kemudiannya ditutupi oleh sebiji batu besar.Ia menyebabkan mereka tidak dapat keluar drpnya.Akhirnya,mereka bersepakat utk berdoa kpd Tuhan dgn berkat amln ikhlas yg pernah mereka lakukan.

   Lelaki pertama berdoa dgn menyebut khidmat yg beliau lakukan kpd kedua ibu bapanya selama
ini.Beliau x mengizinkan anak isterinya menjamah sebarang makanan & minuman sblm ia dijamah oleh kedua ibu bapanya.Pada suatu hari,beliau pulang lewat & ibu bapanya sudah tidur.Beliau x mengizinkan anak isterinya menjamah makanan yg beliau bawa.Memandangkan kedua-duanya sudah tidur,mereka terpaksa menunggu sehingga keesokan harinya.Kemudian beliau mengakhiri doanya dgn berkata,"Ya ALLAH,jika amalku ini aq lakukan ikhlas krnMu,tolonglah kami dalam ujian ini."Tiba2 batu yg menutupi gua itu sedikit terbuka.

    Lelaki kedua berdoa kpd Tuhan dgn menyebutkan perbuatannya yg hampir berzina dgn sepupunya
yg dikasihi.Tetapi beliau akhirnya x melakukannya slps diingatkan oleh sepupunya tntg Tuhan.Perbuatannya meninggalkan kemungkaran dgn penuh ikhlas diterima Tuhan lantas Dia membuka pintu gua sedikit lagi.

    Lelaki ketiga pula berdoa dgn menyebutkan perbuatannya menyimpan gaji salah seorg pekerjanya
yg lupa mengambil gaji itu.Beliau menabur wang pekerjanya itu sehingga wang itu menjadi semakin banyak.Akhirnya,apabila pekerjanya datang menuntut gajinya,dia memberikan segala hartanya termasuklah keuntungan yg diperoleh drp pelaburan yg dilakukan.Tuhan meredai amalan ikhlas itu.Slps itu pintu gua itu pun terbuka sepenuhnya & mereka dpt keluar menyelamatkan diri.

Begitulah keberkatan yg diperoleh bg mereka yg ikhlas...TUHAN sentiasa berada di samping mereka dgn bantuan & keredaanNya..
Orang yg ikhlas terselamat drp kepura-puraan & kemunafikan...Lebih drp itu,amal & aktivitinya akan diredai ALLAH....



الله يبارك فيكم

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...